SJ - 3231: Qada Salat DiWaktu Megerjakan Haji.

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3231: Qada Salat DiWaktu Megerjakan Haji.

:salam
Sahabat saya sedang mengikuti kursus panduan mengerjakan Haji di masa ini. Dia tersentak apabila ustazah yang memberi ceramah menyatakan tidak boleh melakukan salat sunat di sana selagi salat-salat fardhu yang sengaja ditinggalkan tidak diqadakan dulu. Harap disegerakan jawapannya sebelum ia berangkat pada 25/1/04.
Terima Kasih.

Re: SJ - 3231: Qada Salat DiWaktu Megerjakan Haji.

:wassalam
Jawab:

Perasaan 'Tersentak' itu memberi pelbagai tafsiran. Yang benar ada dua hukum Qadha' bagi solat yg ditinggalkan dgn sengaja. Pertama: solat luput dgn sengaja yg masih baru, masih segar dalam ingatan, misalnya berlaku minggu lepas, kerana trafik jam, dia terlepas solat Asar misalnya.
Kedua: solat yg luput di masa lampau, misalnya di masa remaja, misalnya dia tidak solat semasa belajar di sekolah asrama penuh selama 5-6 tahun (mungkin 20 tahun lalu).
Jika Ustazah itu merujuk kepada solat yg masih baru ditinggalkan dgn sengaja (bukan terlupa atau tertidur), maka ia benar menurut jumhur. Solat ini wajib diqadha dgn segera dan tertibnya mendahului solat2 sunat.

Adapun solat2 yg luput di masa lampau yg tidak dapat ditentukan bilangannya, maka jumhur menetapkan dia digantikan secara konsisten dan tidaklah menghalang solat2 sunat dikerjakan spt solat tahiyatul mesjid, dan solat rawatib atau tahajjud atau witr. (Mughni Muhtaj: 1/137)

Bagi manhaj salafiyah (Ibn taymiyah-Ibn Qayyim dan salafiya Arab saudi) serta mazhab Ibn Hazm atau Zahiri, solat qadha' (bagi solat2 luput dgn sengaja: baik yg baru atau lama) ini tidak boleh diqadha/dilunasi/diganti kerana ia tidak disyari'atkan. Jika berada di Ka'bah memadai dgn bertaubat nasuha dan meminta Allah ampuni dosa2 tsb dan perbanyakkan solat sunat utk menampung dan menebus dosa2 tersebut. Saya cenderong dgn pendapat ini. Ini pendapat yg dibahaskan dalam Fiqh Sunnah dan kelihatan pengarangnya Allamah Sayyid Sabiq cenderong kpd pendapat ini. Mudah-mudahan tarjihan (pencerahan) ini menghilangkan perasaan tersentak sahabat anda itu. Dalam fiqh ini kekadang ada ahli fiqih yg keliru dan tersalah dalam memahami hukum. Maka jika rasa ada kejutan, tersentak atau anih sesuatu pendapat fiqih itu, maka cepat2 kita merujuk dgn orang lain sebagai perbandingan. WA