SU-00174: Bab Solat

Primary tabs

3 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00174: Bab Solat

Assalamu'alaikum

1- Adakah sah solat jika terlupa nak jaharkan takbiratul ihram .

Terima Kasih

Re: SU-00174: Bab Solat

:salam

Soalan ulangan. Telah dijawbaseblm ini oleh al-fadhil Ustaz Zainys kita. Berikut saya pastekan jawapannya. WA.

a. Takbiratul Ihram

1. Takbiratul Ihram merupakan rukun solat bagi mazhab al-Malikiyah, al-Syafi'iyah dan al-Hanabilah. Tanpanya, solat tidak sah. Manakala menurut al-Hanafiyah ia bukan rukun. Mereka berpendapat takbiratul ihram adalah syarat solat. Menurut satu pendapat dari mereka ia adalah perkara yang diwajibkan. (al-Feqh al-Islami Wa Adillatuh, vol.1, hal.624)

2. Jika ia rukun solat, maka tanpanya solat yang dikerjakan tidak sah.

3. Takbiratul Ihram hendaklah diucapkan atau dilafazkan. Menurut, Dr Wahbah al-Zuhaili:
"æíÔÊÑØ ÇÓãÇÚ äÝÓå ÇáÊßÈíÑ ßÇáÞÑÇÁÉ æÓÇÆÑ ÇáÃÑßÇä ÇáÞæáíÉ"

Ertinya: Disyaratkan pada takbiratul ihram ialah ucapannya didengar oleh dirinya sendiri. Syarat ini samalah spt syarat membaca al-Fatehah dan rukun qauli lainnya. (Ibid. 632)

4. Masalah: Jika betul, bagaimana dengan solat kebanyakan masyarakat pada hari ini yang dilakukan begitu?

Jawab: Jika mereka melakukannya dalam keadaan tahu, maka tidak sah solatnya. Dan jika ia dilakukan dalam keadaan jahil, maka wajib atas mereka belajar. Adalah satu dosa jika ilmu2 fardu ain tidak diketahuinya. Bagaimana amalan itu boleh diterima oleh Allah Taala jika ia dilakukan tanpa ilmu serta tidak menepati kehendak syariat. Manakala mereka yang melihat akan kesalahan ini, wajiblah menegurnya dan mengajarnya.

SJ-2253 - Takbiratul ihram tanpa suara & maksud mendahului imam

:wassalam

Re: SU-00174: Bab Solat

Tambahan

Menurut Imam Syafi'i dalam kitab Al-Umm, solat tersebut tidak sah kerana takbiratul ihram itu merupakan rukun solat. Sekiranya sedang solat dan teringat bhw terlupa utk bertakbiratul ihram(sekurang2nya didengari oelh diri sendiri), hendaklah ia mengucapkannya di kala dia teringat. WA.

:wassalam

Intisari Bahrul Madzi Jilid 1
sheikh Idris Al-Marbawi