SU-00413 : Inai bagi lelaki.. haram atau harus?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-00413 : Inai bagi lelaki.. haram atau harus?

:salam

Ana ade baca ni di satu website yang dikatakan bersumber dari Al-Ahkam juga :

Quote:

Memakai henna atau inai pada tangan kaki perbahasannya seperti berikut:

Mazhab Hanbali berpendapat bahawa penggunaan henna (inai) diharuskan utk mewarnakan pada mana-mana bahagian anggota badan kecuali di kepala samada kepada lelaki ataupun perempuan.

Manakala mazhab syafie pula berpendapat bahawa lelaki diharuskan memakai henna (inai) pada mana-mana bahagian tubuh badan KECUALI tangan dan kakinya. Walaubagaimanapun ia dibenarkan sekiranya melibatkan hal-hal perubatan atau darurat. Perempuan yang berada di dalam iddah kerana kematian suaminya juga dilarang memakai inai.

Imam An-nawawi Rh dalam fatwa al-majmu' berkata lelaki diharamkan memakai inai pada tangan dan kaki kecuali pada rambut mereka. Wanita bersuami diharuskan memakai henna di tangan dan kaki mereka.

Manakala mazhab hanafi dan maliki pula, lelaki dan perempuan diharamkan ke atas mana-mana tubuh anggota kerana ia adalah sama seperti memakai wangian.

(dipetik dari posting zayed di alahkam.com.my)

Dan merujuk pertanyaan ana di al-ahkam sendiri :

Quote:
Menurut Syeikh Dr Yusuf al-Qaradhawi ha., Imam Syafie rh mengatakan bahawa memakai inai bagi lelaki adalah haram, melainkan bagi tujuan perubatan, kerana ia meryerupai wanita yang dilarang oleh syara’. Sebagai mana hadith shahih Allah swt melaknati lelaki yang menyerupai wanita.

Ensaiklopedia Fiqh Kuwait mengatakan bahawa ulama' bersetuju inai boleh digunakan oleh kaum lelaki di janggut dan rambut (di kepala). Inai di jari tidak dibenarkan atas alasan menyerupai kaum wanita.

Memakai inai dijari merupakan perhiasan kaum wanita, kenapa pula kaum lelaki ingin menggunakannya?. Kaum lelaki digalakkan mengunakan inai di janggut atau di rambut kepalanya. Hukum lelaki menggunakan inai samalah hukum lelaki yang meniru2 perbuatan kaum perempuan.

Berikut kami petik contoh fatwa dari BAHEIS :-

Quote:

Nama : . Noor.
E-Mel :

.
Kategori : SYARIAH
________________________________________

SUB KATEGORI
Munakahat - Nikah
________________________________________
Tarikh Hantar Soalan : 30/01/2007 01:32 AM
Soalan : Apa HUKUMNYA lelaki memakai inai dijari.apabila seseorang itu menamatkan zaman bujangnya erti kata lain berkahwin?.
Jawapan : Lelaki yang memakai inai di jari adalah haram kerana ia menterupai wanita dalam pada pandangan Imam Nawawi dan mazhab Syafie.
Status : Selesai - Paparan Web.
. Nombor Rujukan : Panel (fs) 290307
Tarikh Selesai : 29/03/2007 04:42 PM

Sumber : http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/21d3f35e6dc3256a0025727200606178?OpenDocument

Boleh merujuk kepada tautan dibawah ini :-

ÇÓÊÚãÇá ÇáÑÌÇá ááÍäÇÁ Èíä ÇáßÑÇåÉ æÇáÊÍÑíã
http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619726

haram kah seorang lelaki memakai inai ketika hendak kahwin?.[/b]
http://baheis.islam.gov.my/web/musykil_new.nsf/92be69fae3f225c0482567f1005a8e7b/76e3b69a601dc64e48257537001387e7?OpenDocument

Ruj :http://al-ahkam.net/home/index.php?name=MDForum&file=viewtopic&t=37743&h...

Persoalannya adakah harus atau haram? Imam Hambali kata harus, adakah terdapat perbezaan pendapat ulama'?

SU-00413 : Inai bagi lelaki.. haram atau harus?

Ringkas dari Ensaiklopedia Fiqh Kuwait, (Ittifaq) fuqaha' bersetuju mengatakan mustahab menggunakan inai keatas kepala yang rambutnya sudah beruban sebagaimana hadith Imam Tirmudzi.

Dibolehkan memakai inai kepada keseluruhan badan kecuali tapak tangan dan kaki, melainkan uzur, kerana sesungguhnya ia menyerupai wanita. Menyerupai wanita adalah dilarang menurut syara'. dan

Berkata kebanyakkan ulama' Syafie dan Hambali bahawa hukumnya haram (lelaki memakai inai dikaki dan tangan).

Sebahagian ulama Hanbali dan beberapa kalangan dari ulama' Hanafi memakruhkannya berdasarkan hadith bahawa Allah melaknati wanita menyerupai lelaki dan lelaki menyerupai wanita.

Rujuk : http://www.islamonline.net/servlet/Satellite?pagename=IslamOnline-Arabic-Ask_Scholar/FatwaA/FatwaA&cid=1122528619726

خيرالأمين