SU-135: Kencing berdiri?

Primary tabs

2 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SU-135: Kencing berdiri?

:salam
Ingin mengajukan pertanyaan apakah hukumnya seseorang muslim itu kencing berdiri. Saya difahamkan oleh seorang rakan bahawa ianya merupakan perbuatan yang tercela. Benarkah perkara ini? Alasan kencing berdiri kerana kesukaran untuk membuka seluar dan dikhuatiri terkena percikan kencing pada seluar dan rata2 tandas awam kebanyankannya adalah dari jenis mangkuk yang tidak berapa bersih tempat duduknya.

Re: Kencing berdiri?

:salam

Sekiranya seseorang dapat memastikan najis tidak sentuh pakaiannya, dibenarkan kencing dlm keadaan berdiri.

Kata Aishah R.A, “Sekiranya terdapat dari kamu mendengar akan kisah Nabi S.A.W kencing berdiri, jgnlah kamu mempercayainya. Baginda hanya duduk kencing.” (riwayat al-jamaah kecuali Abu Dawud, At-Tirmidzi mengatakan ia adalah sahih.

Walaupun begitu, apa yg diperkatakan oleh Aisyah hanyalah berdasarkan apa yg dilihatnya. Terdapat hadith dari Huzaifah yg menyatakan bahawa Nabi S.A.W kencing berdiri (riwayat al-jamaah).

Pandangan Imam An-Nawawi, “Kencing dlm keadaan duduk adalah paling afdhal tetapi keadaan berdiri dibenarkan. Kedua2 perbuatan itu dipersetujui dari Nabi S.A.W”

Wallahua'lam.