[Intro] Pengajaran Hadis 'Uraniyin: Dari Masalah Hukum Kencing Binatang Hingga Masalah Hukuman Orang Murtad...

Primary tabs

Poster Hadis Uraniyin

Oleh zain y.s. [al-ahkam.net]

Hadis 'Uraniyin mengandungi banyak pengajaran. Maulana Muhamad Asri telah mensyarahkannya dalam tiga sessi kuliah Sahih Muslim. Kuliah berkenaan pada tahun 2007. Iaitu tepatnya pada tarikh 25 April 2007, 02 May 2007 dan 09 May 2007.

Dari tiga sessi kuliah, Maulana Asri mengemukakan lima masalah utama. Darinya, saya jadikan tujuh klip video yang sarat dengan catatan kaki ringkas yang menarik. Agar penonton dapat mengikuti kuliah yang berat isinya tanpa rasa jemu. Apa yang disampaikan oleh guru dapat difahami dengan mudah dan senang diingati. Semoga harapan saya ini menjadi kenyataan.

Sebagai bonus, agar kita semua dapat lebih mudah memahami masalah, saya akan buatkan ringkasan dalam bentuk poster info grafik.

Insyaallah, saya akan menyiarkannya siri demi siri mulai esok 04 Disember 2013 

 


 

Hadis 'Uraniyin, ada apa pada nama ini?

Hadis ini dinamakan dengan 'Uraniyin kerana kisah di dalam hadis ini peranan utamanya adalah kabilah dari bani 'Urainah datang bertemu Nabi s.a.w. di Madinah. Kerana faktor cuaca yang tidak sesuai, mereka mengalami sakit. Nabi s.a.w. menganjurkan agar mereka meminum susu dan kencing unta di tempat penggembalaan. Selepas melakukannya merekapun sembuh.

Setelah itu, mereka murtad dan membunuh para penggembalanya dengan menyiksa mereka terlebih dahulu. Para pembunuh dari kabilah 'Urainah ini akhirnya dapat ditangkap dan dihukum bunuh.

 


 

Berikut ini lima masalah yang dapat diambil dari hadis 'Uraniyin ini:

Masalah 01: Apa Hukum Air Kencing Binatang Yang Halal Dimakan?

Ringkasan isikandungan: Ada mazhab yang mengatakan air kencing dan tahi binatang yang halal dimakan suci hukumnya. Dalilnya ialah hadis 'Uraniyin ini. Ada juga mazhab yang mengatakan air kencing semua binatang adalah suci kecuali air kencing manusia. Ada mazhab yang mengatakan ia adalah najis.

 

Masalah 02: Hukum Berubat Dengan Benda Yang Diharamkan

Ringkasan isikandungan: Ada mazhab yang melarang samasekali penggunaan ubat dari benda yang diharamkan. Mazhab lain mengatakan ia dibenarkan untuk tujuan perubatan dengan syarat-syaratnya.

 

Masalah 03: Hukuman Qisas: Wajibkah Mumatsalah?

Ringkasan isikandungan: Kalau seseorang itu membunuh dengan menghentak batu besar ke kepala mangsa, apakah wajib dihukum dengan cara yang serupa, iaitu menghentak batu besar ke kepala penjenayah? Itulah maksud mumatsalah. Hukum dengan cara yang serupa.

 

Masalah 04: Masalah Hirabah/Menyamun/Ganggu Ketenteraman Awam

Ringkasan isikandungan: Apa definasi hirabah? Menyamun sahajahkah baru dinamakan hirabah? Bagaimana dengan rampas kapalterbang? Ganggu ketenteraman awam hingga terputus hubuingan?

 

Masalah 05: Orang Semata-mata Murtad: Dihukum Bunuh Atau Tidak?

Ringkasan isikandungan: Umum mengetahui orang murtad hendaklah dihukum bunuh. Tahukah anda bahawa ada juga di kalangan ulama yang berpendapat semata-mata murtad tidak dihukum bunuh. Orang murtad yang dihukum bunuh ialah yang disertai dengan pemberontakan terhadap pemerintah Islam. Apa hujah mereka dan apa pula hujah pihak yang bertentangan?

 

Untuk masalah kelima saya bahagikan klip video kepada tiga bahagian:

1. Pendapat Maulana Muhamad Taqi al-Utsmani

2. Pendapat Syeikh Dr Subhi Soleh

3. Pendapat Syeikh Muhamad Abduh dan Maulana Muhamad Asri memilih pendapat yang mana?

 


 

 [[{"fid":"1227","view_mode":"media_original","fields":{"format":"media_original","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"intro Hadis 'uraniyin","field_file_image_title_text[und][0][value]":"intro Hadis 'uraniyin"},"type":"media","attributes":{}}]]

[[{"fid":"1228","view_mode":"default","fields":{"format":"default","field_file_image_alt_text[und][0][value]":"Poster Hadis Uraniyin","field_file_image_title_text[und][0][value]":"Poster Hadis Uraniyin"},"type":"media","attributes":{}}]]

Kategori Berita: