000001-SJ-THAHARAH: Menyamak rumah atau kereta yang baru dib

Primary tabs

1 post / 0 new
000001-SJ-THAHARAH: Menyamak rumah atau kereta yang baru dib

Quote:
> Perlukah kita menyamak rumah / kenderaan terpakai yang dibeli sekiranya
> kita tahu bahawa tuan empunya rumah / kenderaan yang asal itu membela
> anjing yang keluar masuk dari rumah / kenderaan tersebut?

Jawab

1. Membeli rumah yang mana kita melihat tuanpunyanya membela anjing. Hendaklah mop keseluruhan lantai rumah
itu dengan detergen pencuci lantai. Jika wall-to-wall carpet, shampoo carpet dengan vaccuum wet-dry. Itulah yang
mampu dilakukan, yang lain jika sukar jatuhlah dalam hukum `umum albalwa' (kesukaran yang sukar untuk dihapuskan).

2. Membeli kereta yang kita yakin tuan punya asal membela kereta dan anjing itu sering menggunakan kereta itu.
Di negara Barat, kereta yang sering digunakan untuk membawa anjing ialah dari jenis station wagon atau van/MPV.
Kompartment yang digunakan untuk membawa anjing ialah ruangan paling belakang. Maka ruangan itu sahaja yang
dibasuh, alas pelapik getahnya dengan shampoo kereta atau detergen. Kusyen kereta juga boleh disyampoo dengan foam
yang dijual dalam tin aerosol, antaranya jenis Johnson Wax. Lakukanlah setakat yang termampu dan apa yang ghaib dan sukar maka ia termasuk umum albalwa (kesukaran yang dima'afkan syara')

Rujukan:
Dr Wahbah Zuhaily, Fiqh Islami, Vol 1

thtl for alahkam online