(Ringkasan Sirah) 7. Permusafirannya Kali Kedua Ke Syam

Primary tabs

Khulasah Nurul Yaqin Oleh Umar Abdul Jabbar | Terjemahan Zainudin bin Yusro

7. Permusafirannya Kali Kedua Ke Syam

  1. Ketika berusia 25 tahun baginda s.a.w. telah bermusafir kali kedua ke Syam untuk menguruskan perniagaan saidah Khadijah.
  2. Beliau merupakan wanita mulia dan berharta. Beliau mengupah orang untuk menguruskan hartanya.
  3. Beliau telah memilih baginda s.a.w. untuk tugas ini kerana beliau mendengar tentang sifat benar, amanah dan akhlaknya yang mulia.
  4. Baginda s.a.w. bermusafir bersama hamba lelaki saidah Khadijah Maisarah. Mereka berdua melakukan urusan jual beli dengan keuntungan yang banyak.

Soalan-soalan

  • Bila Rasulullah s.a.w. bermusafir ke Syam untuk kali kedua?
  • Mereka baginda bermusafir?
  • Bagaimana kedudukan saidah Khadijah?
  • Mengapa beliau memilih baginda s.a.w. untuk melakukan tugas berkenaan?
  • Kali ini, baginda s.a.w. bermusafir bersama siapa?

Ringkasan

  • Baginda bermusafir ke Syam untuk kali kedua ketika berusia 25 tahun untuk berniaga barang dagangan saidah Khadijah.
  • Beliau merupakan wanita kaya dan mulia.
  • Baginda s.a.w. bermusafir bersama hamba lelaki saidah Khadijah bernama Maisarah.