Ustaz Kazim Elias: Yusof Qardhawi seorang.. Syafi'i kata apa? Hanbali kata apa? Hanafi kata apa? Maliki kata apa? Kamu nak tolak empat mazhab ni?

Primary tabs

Kazim Sanggah Fatwa Al Qaradawi

Deskripsi: 

Oleh: zain-ys

Isu DNA babi, kenyataan Ustaz Kazim Elias dalam sebuah klip video mengenainya mengundang pelbagai kritikan ahli ilmu di media sosial. Klip video berkenaan adalah terbitan Sinar Harian dengan tajuk: Kazim Sanggah Fatwa Al Qaradawi.

Berikut petikan kenyataan Ustaz Kazim Elias:

Ni yang terbaru pula dia kata DNA babi halal dimakan. Sebab dah diproses menjadi lain. Dah pening kepala dah.. Dah keluar dalam facebook.. Dah keluar dalam tulisan dia dah.

Apa ni tuan-tuan? Eh! Dia kata Yusof Qardhawi kata halal!

Yusof Qardhawi seorang.. Syafi'i kata apa? Hanbali kata apa?  Hanafi kata apa? Maliki kata apa? Kamu nak tolak empat mazhab ni?

Ulama-ulama mazhab, tuan-tuan, tidak pernah tidak bersepakat dalam masalah makan babi. Segala benda yang berkaitan dengan babi. Yang dimakan semua ulama-ulama mazhab kata tak boleh. Yang khilaf kepada mereka hanyalah penggunaan kulit dia. Sebab dalam al-Quran sebut (lahmal khinzir) daging babi, dia tak sebut kulit babi dan sebagainya..

 

Antara ilmuan yang mengkritik kenyataan ustaz Kazim ialah ustaz Muhamad Rozaimi

al-Fadhil Ustaz, seeloknya sebelum nak dakwa bahawa tidak ada ulama mazhab yang sebut "babi jadi suci" dalam isu istihalah ini jom tengok apa kata ulama mazhab dulu:

1. Mazhab Hanafi:

Kata Ibn Abidin:

لأن النار تأكل ما فيه من النجاسة حتى لا يبقى فيه شيء ، أو تحيله فيصير الدم رمادا فيطهر بالاستحالة ، ولهذا لو أحرقت العذرة وصارت رمادا طهرت للاستحالة ، كالخمر إذا تخللت ، وكالخنزير إذا وقع في المملحة وصار ملحا .

Maksudnya: kerana api memakan apa yang terkandung di dalamnya daripada sifat najis sehingga tidak berbaki lagi atau ia mengubahnya sehingga darah menjadi abu lalu ia suci dengan istihalah (transformasi). Atas sebab itu juga jika tahi dibakar dan menjadi abu juga menjadi suci seperti arak berubah menjadi cuka dan seperti KHINZIR apabila jatuh ke dalam garam dan (hancur) menjadi garam. (Hasyiah Radd al-Muhtar, cet: Dar al-Fikr, jld. 6, hlm. 735)

2. Mazhab Hanbali:

Ulama mazhab Hanbali meriwayatkan dua riwayat dari Imam Ahmad dalam isu ini. Riwayat pertama ia tidak suci kecuali arak yang berubah menjadi cuka. Riwayat kedua istihalah menjadikan sesuatu najis suci.

Ibn Taimiah (seorang yang bermazhab hanbali) menghuraikan isu ini:

وأما ما استحال بسبب كسب الإنسان، كإحراق الروث حتي يصير رماداً، ووضع الخنزير في الملاحة حتي يصير ملحاً، ففيه خلاف مشهور . وللقول بالتطهير اتجاه وظهور

Maksudnya: Manakala apa-apa yang beristihalah (transfom) dengan usaha manusia (bukan secara semulajadi) seperti pembakaran tahi sehingga menjadi abu dan meletakkan KHINZIR dalam garam sehingga hancur menjadi garam maka dalam isu ini ada khilaf (perbezaan pandangan yang masyhur). Bagi pandangan yang menyatakan ia menyucikan mempunyai arah dan kekuatan. (Majmu al-Fatawa, cet: dar al-Wafa', jld. 29, hlm. 601)

* tidak menjadi kesalahan jika ingin mengkritik pandangan al-Qaradawi tetapi pastikan maklumat kita cukup dan tepat dalam isu yang dibincangkan. Kritiklah beliau dengan membawa pandangan sains bahawa istihalah tidak berlaku dalam gelatin sebagai contoh. 

 

 

 

Info Audio Video: 
Ni yang terbaru pula dia kata DNA babi halal dimakan. Sebab dah diproses menjadi lain. Dah pening kepala dah.. Dah keluar dalam facebook.. Dah keluar dalam tulisan dia dah. Apa ni tuan-tuan? Eh! Dia kata Yusof Qardhawi kata halal!
Kategori: 

Artikel Berkaitan