[05] Pengajaran Hadis 'Uraniyin: Orang Murtad Dibunuh Atau Tidak - Pandangan Maulana Taqi al-Utsmani

Primary tabs

Maulana Muhamad Taqi al-Utsmani

'Uraniyin: Orang Murtad Dibunuh Atau Tidak - Pandangan Maulana Taqi al-Utsmani (5a/5)

Oleh zain-ys

Kita sudah sampai ke bahagian paling menarik dan paling kemuncak untuk siri Hadis 'Uraniyin. Iaitu pembahasan berkaitan dengan hukuman orang murtad. Siri 5 ini dan siri berikutnya akan membahaskan permasalahan ini.

Umum kita mengetahui bahawa hukuman ke atas orang murtad ialah hukuman mati. Itulah yang kita tahu dan itulah yang kita faham.

Nanti dahulu...

Tahukah kita bahawa di sana terdapat juga pendapat bahawa orang yang semata-mata murtad tidak dihukum bunuh. Pandangan ini tenggelam dibawah kemasyhuran pendapat orang murtad dihukum bunuh.

Pada siri ke-5 ini Maulana Muhamad Taqi al-Utsmani akan menjawab pendapat yang mengatakan orang yang semata-mata murtad tidak dihukum bunuh.

Pada siri keenam dan ketujuh Maulana Muhamad Asri akan membahas panjang lebar mengenai pendapat orang murtad tidak dhukum bunuh.

Memang satu pembahasan menarik, unik, penuh informasi + pengetahuan dan jarang di ketengahkan.

 


 

Kesimpulan siri ke-5

Semata-mata Murtad Hukum Bunuh Atau Tidak?

  • Majoriti ulama: Bunuh (had/hudud)
  • Minoriti ulama: Tidak bunuh

 

Hujah minoriti:

Hujah 1: Firman Allah: "Tiada paksaan dalam agama.."

Jawapan Maulana Taqi al-Utsmani: Ayat ini untuk kafir asli

 

Hujah 2: Hadis-hadis berkaitan hukum bunuh orang murtad, iaitu yang memberontak

Jawapan Maulana Taqi al-Utsmani: Banyak hadis yang tidak mengaitkan murtad dengan pemberontakan

 

Hujah 3: Murtad tiada kaitan dengan undang-undang dunia, ia akan dibalas di akhirat

Jawapan Maulana Taqi al-Utsmani: Hukuman bagi peminum arak tidak terdapat di dalam al-Quran, namun Nabi s.a.w. menghukum mereka.

 

Kategori Berita: