June 2003

000027-SJ-THAHARAH: Kencing tidak lawas

Quote:
Bagi pesakit beser (kencing tidak lawas) ada ketikanya, semasa solat diwaktu sujud, sedikit air kencing terkeluar. Hal ini terjadi berkali-kali. Sahkah solat jika pesakit teruskan sembahyang kerana jika wuduk diambil lagi, hal sedemikian tetap berlaku.

Jawab
1. Madzhab Hanafi: dima'afkan air kencing yang keluar sedikit pada pakaian kerana dharurat (dalm hal ini
disebabkan penyakit beser) (alMughni, Jld 1, ms 35)

000002-SJ-WUDUK: Ingin menggunakan pendapat Imam Hanafi

Quote:
Assalamualaikum,

Sekiranya saya ingin menggunakan pendapat Imam Hanafi bahwa bersentuh kulit dgn isteri tidak batal, perlukah saya mengetahui syarat2 sah/batal wudhuk mengikut mazhab hanafi?

Jawab:
Kesemua Imam mujtahid menyarankan kita meneliti dalil dan hujah mereka sebelum kita menerima pakai ijtihad mereka.