June 2003

000006-SJ-THAHARAH: BARANG YANG DIPERBUAT DARI KULIT BABI

Quote:
Assalamu'alaikum
Soalan saya begini:

1) Apakah hukum menyentuh barangan yang dibuat daripada bulu atau kulit khinzir seperti berus cat, kasut, beg dan sebagainya oleh sebab pada mulanya kita tidak mengetahui yang barangan tersebut diperbuat daripada bulu atau kulit khinzir kerana tiada label dan hanya mengetahui setelah dengan lebih dekat?

000005-SJ-THAHARAH: tulang binatang

Quote:
Assalamualaikum,

Saya ingin mendapat penjelasan beberapa kekeliruan:
1- Apakah benar tulang binatang yang disembelih tidak boleh dibawa dalam sembahyang. seperti tulang unta yang dibuat tasbih.
2- Bagaimana pula bulu/kulit binatang yang disamak.
3- bagaimana pula gelitin binatang halal yang diproses utk dibuat gambar sebagai contoh. apakah benar ia tidak boleh dibawa dalam sembahyang.

sekian. Jazakallah

000004-SJ-THAHARAH: Beza kencing kanak-kanak lelaki dan pere

Quote:
kenapa air kencing kanak-kanak lelaki yang berusia 2 tahun ke bawah dan hanya minum air susu ibunya dihukumkan sebagai najis mukhaffah sedang bayi perempuan yang serupa kedaaannya tidak dihukumkan begitu?

--------------------------------------------------------------------------------

000002-SJ-THAHARAH: Hukum Memelihara Anjing Untuk Menjaga

Quote:
Di sini saya ingin mengutarakan satu persoalan daripada seorang kenalan saya di sini.

Kawan saya ni merupakan seorang wanita Melayu yang berkahwin dengan orang Jepun (Muslim). Alhamdulillah, sepanjang dia di Jepun (baru 2 tahun) tiada masalah besar yang menimpa.

Tetapi dengan takdir Allah, pada minggu lepas rumahnya telah dimasuki pencuri dan ini merupakan satu perkara yang amat luar biasa di Jepun. Jepun pada lazimnya merupakan sebuah negara yang amat selamat untuk didiami.

SJ-2617 : Bacaan Sodaqallahul 'Azim

:salam

1. Ingin bertanyakan asal usul bacaan sodaqallah yg biasa diamalkan setelah selesai membaca al-Quran. Saya kira ada bbp pendapat tetapi adakah masing2 punya dalil dari al-Q dan Sunnah ?

2. Adakah terdapat bacaan tertentu yg boleh diamalkan ketika menguap ? Lazimnya ada yg beristighfar dan ada pula yg membaca A'uzubillah...

Maaf kalau ianya soalan ulangan. Saya search ttp tidak ketemu jawapan yg berkaitan. Jika telah pernah ditanya mohon dinyatakan rujukannya.

Jazakumullahu khairan.

000006-SJ-AQIDAH: Syiah (1)

Quote:
Syiah (1)

Subject: Permasaalahan Mazhab
Assalamualaikum,
Saya ingin mendapat sedikit penjelasan berkenaan dengan apa yang sekarang ini kita kenali sebagai mazhab Syiah. Kebanyakan orang mengatakan mazhab ini adalah sesat dan menyimpang dari ajaran Islam yang sebenar. Persoalan saya ialah apakah perkara2 pokok pegangan mazhab ini yang menyebabkan ianya sesat dan tidak boleh diikuti.

Sekian, wassalam.