June 2003

SJ - 2789: Duit KWSP simati.

Isteri saya baru meninggal dunia. Dia meninggalkan:
1. seorang suami (saya)
2. seorang anak lelaki (3 thn)
3. seorang ibu (berugama Buddha)
4. seorang kakak (berugama Buddha)
5. seorang adik perempuan yang telah berkahwin (berugama Islam)
6. seorang adik lelaki (berugama Islam)

Soalan:
1. Jika dia mempunyai duit KWSP, apakah perlu saya membahagikan kepada ibu dan adik beradik nya (setelah menjelaskan hutangnya). Jika perlu, apakah perkiraan nya?
2. Bagaimana dengan zakatnya (terhadap duit KWSP)

Terima Kasih

SJ - 2698: (Bahrain) taklid dalam hukum bacaan fatehah

Cuma inginkan kepastian...Saya tahu dalam mazhab Syafi'ee, makmum mesti membaca Fatehah di dalam jemaah. Masalahnya ialah di Bahrain, di mana saya menetap sekarang, walaupun mereka bermazhab Shaf'iee, tetapi mereka meletakkan Fatehah ke atas tangan imam bila berjemaah (saya sering di tegur kerana terlambat mengikut imam). Mungkin mereka bertaklid ke atas Hanafi dalam permasalahan ini. Persoalannya sekarang, adakah saya juga harus bertaklid seperti mereka atau teruskan dgn cara yg saya biasa (dan selesa) dan terus berdebat dgn makmum lain selepas solat.

SJ-2643 : Mengangkat Tangan Ketika BerDoa pada hari Jumaat

:salam

Adakah sunnah kita berdoa sambil menadah tangan ketika antara 2 khutbah dan di akhir khutbah(sebelum solat). Ini kerana ada yang mengatakan tidak perlu menadah tangan pada kedua-dua tempat, dan ada berpendapat hanya perlu menadah tangan pada salah satu tempat. Wallah hu'alam

:wassalam

SJ - 2723: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga

SJ-2611: Aurat & Sentuhan Dalam Hubungan Keluarga
Jawab:
Kami begitu keliru dgn cara soalan ini di susun. Alangkah mudahnya kalau yg bertanya menggunakan simbol si A atau dirinya sendiri.
Cth: apakah saya ditakrifkan mahram dgn sepupu saya?
Cth kedua:
si A (lelaki) dan si B (perempuan) telah berkahwin)
apakah adik perempuan si A menjadi mahram pada si bapa saudara si B?
Jadi kami minta anda susun kembali secara sistematik.
mengenai mahram, ada dua ayat yg menjelaskan siapa mahram: lihat AQ 24: 31 dan AQ 4: 23 WA

SJ - 2667: Bagaimana menyucikan air perigi?

:noyade Di sini saya ingin bertanya; sekiranya ada binatang mati di dalam perigi, bagaimana cara utk kita menyucikan air perigi tersebut sehingga dapat dogunakan tanpa was2? Apakah boleh kita sekadar mengeluarkan bangkai binatang tersebut dan menggunanya seperti biasa walaupun air tersebut sedikit keruh?
Sekian, Terima kasih.

SJ-2640 : Masalah Isteri

A'kum,

Soalan saya,
Seorang wanita yang telah berkahwin dan tidak mempunya tetapi telah mempunyai hubungan sulit dengan suami orang dan hampir melakukan zina tetapi tersedar kesilapannya dan bertaubat segera. Suami wanita ini tidak mengetahuinya dan wanita ini telah menyesal dan meninggalkan suami orang tersebut untuk memperbaiki semula rumahtangga. Jika wanita itu memberitahu kisahnya kepada suaminya nescaya penceraian mungkin berlaku. Apakah jalan terbaik untuk wanita ini.

SJ-2661: Bagaimanakah Caranya ?

Assalamu'alaikum Warah MatuLlah Wabarakatuh

Ingin saya bertanya soal ihsan, bagaimanakah caranya beribadah (terutama munajat) - "Seolah2 kamu melihat
Allah" (dan sememangnya kita tahu apa yang boleh terlintas itu bukan Allah); bagaimana pula dengan Arasy ?
Maaf jika berulang, saya search ihsan. belum berjumpa sedemikian.

Wassalam.