June 2003

SJ - 2674: nak jawab soalan PM

Assalamualaikum w.bt
Bismillah walhamdulillah...

Macam mana nak jawab soalan soalan yang PM tanya masa penutup persidangan umno hari tu? dibawah ni petikan ucapan dan mana yang ana "" tu adalah perkara yang memusykilkan ana

**Agama Islam bukan agama untuk 1400 tahun dahulu. Agama Islam adalah agama sepanjang zaman. (Tepukan)

Sebab itu bila kita buat tafsiran berkenaan ayat-ayat Al-Quran, atau hadis dan sunah Nabi, kita mesti jadikannya relevan dengan keadaan semasa

Keadaan semasa berbeza dengan dahulu. Ilmu pengetahuan kita sudah lebih banyak.

SU-00070 Mewarnakan Rambut

Assalamualaikum wrbt

Disini ada beberapa soalan yang ingin saya ajukan kepada ruangan soal-jawab ahkam......

Apakah hukum mewarnakan rambut walaupun saya bertudung sekiranya :-
saya mendapat kebenaran dari suami,
barangan pewarna yg digunakan pula mendapat kelulusan dari JAKIM (halal & selamat) utk digunakan
dan saya pula bertujuan (niat) sekadar utk menghias diri bagi suami dirumah

SU-00073: hukum bersolek atau bertabarruj semasa majlis per

assalamualaikum
di sini sy nak tanya satu persoalan...bolehkan pengantin perempuan bersolek dan memakai pakaian yg cantik la kiranya tp still menutup aurat..pd majlis hr perkahwinan....bagaimana fatwanya dan bagaimana kalu kita terpaksa mengikut arahan ibu-bapa yang mahukan kita berpakaian sedemikian serta apakah yg perlu dilakukan kalau kita berhadapan dgn situasi ini

SU - 00069 : SEMBELIH GUNA ELEKTRIK

Assalamualaikum...

Kalau dilihat pada hari ini dengan teknologi yang serba moden... Sembelihan binatang menggunakan elektrik dan yang seumpamanya. Di sini, saya ingin bertanya... Adakah perkara sebegini dibenarkan oleh Islam? Dan adakah sembelihan tersebut boleh dimakan? Apa hukumnya di sisi Islam? semoga Ustaz dapat menjawabnya. :eyecrazy

Sekian, Terima kasih.

SJ - 2685: [U] wanita bermusafir

:salam

1. Apakah pandangan ulama' mengenai hukum wanita yang telah berumahtangga bermusafir untuk tujuan berniaga dan untuk perkara harus syarie' lainnya?

2. Apakah status hadis "kelak akan ada wanita dari kota Hirah yang pergi mengunjungi Baitullah tanpa disertai suami, dengan tidak merasa takut kecuali kepada Allah".

3. Bagaimana memadankan hadis diatas dengan hadis Bukhari yang lain yang melarang wanita bermuasafir tanpa muhrim?

~ jakfar

SJ-2670 : Rasa tertekan, risau

A'kum,
Seorang suami merasa tertekan, risau, sedih tanpa mengetahui apa sebabnya.Si isteri pernah mempunyai hubungan sulit dengan seseorang tapi telah bertaubat. Suami tidak mengetahui mengenai perkara ini. Mungkin balasan akibat tindakan isteri jadi si suami merasa risau, tertekan. Si isteri banyak berdoa dan melakukan solat hajat, taubat selainkan mengamalkan surah surah melapangkan fikiran dan begitu juga si suami. Masalah ni bersangkutan dengan masalah isteri yang dikemukakan tempohari.Harap dapat membantu. Terima kasih.