July 2003

SJ - 2696 : ber"SMS" semasa khutbah jumaat?

:salam

Kebiasaanya di setengah2 masjid sebelum khutbah jumaat, selalu dipeingatkan supaya jangan berkata2 ketika khatib sedang berkhutbah berdasarkan hadis Rasulullah SAW kalau tak silap saya yang di riwayatkan oleh abu hurairah ra, kerana sia2 lah pahala jumaatnya.

Bagaimana pula dengan orang yang ber"SMS" ketika khatib sedang berkhutbah? Mintak penjelasan dari sheikh2 ahkam ttg perkara ini.

:wassalam

SU-00083 Peratus Keuntungan dalam Urusan Jual-Jualan

Assalamualaikum,

Saya ada satu kemusykilan berkenaan dgn keuntungan apabila nak jual barang.

Kalau org yg dok di luar negara, bila balik M'sia bercuti Raya, atau cuti summer cthnya.. dia beli barang di Malaysia.. dan bila balik semula kat luar negara, dia jual barang tuh pada org2 M'sia kat sana. Berapa kah peratus untung yg boleh dia ambil bila dia jual barang tuh? Adakah perlu dia kira kos perjalanan? Sebab dia balik bukan tujuan utk beli barang, itu hanya sambilan saja.

SJ – 2712 : APABILA BERTEMBUNGNYA PERMINTAAN IBU-BAPA DENGAN

Assalamualaikum wbt.

1. Saya diberitahu sekian lama bahawa tanggungjawab seorang suami adalah kpd kedua ibu bapa, kemudian kpd isteri. manakala sbg isteri, tanggungjawab utmaa adalah kpd suami, kemudian kpd ibu bapa. Bolehkah disediakan dalil dalil kpd pendapat ni, jika pndpt ini benar.

2. cerita mengenai di zaman rasulullah, isteri tak pegi melawat ayah/ibu yg sakit sebab suami tak ada di rumah. biler mak/ayah meninggal, rasulullah kata dia masuk syurga sebab ketaatan isteri pada suami. sahihkah cerita tersebut?
terima kasih.

SJ - 2706: Berjabat Tangan Selepas Solah

Assalamualikum!
Ustaz, benarkah amalan berjabat tangan selepas solah fardhu sesama ahli jama'ah solat bukan amalan Rasul Allah dan para sahabat? Ada yang mengatakan pada saya ia merupakan amalan orang-orang berfahaman Syiah. Harap penjelasan daripada Ustaz.
:confused:WA

SU-00082 tunai dan hutang?

:salam
:D
Jika penjual menawarkan pembelian dalam dua skim iaitu tunai dan hutang cara 2-3 kali bayar tuh. Jika tunai harga begini dan jika hutang harga lebih sedikit dari yang ditawarkan sekiranya bayar tunai.
Dari sudut muamalat Islam buleh tak urusniaga sedemikian dilakukan atau masih terdapat unsur2 penipuan, penindasan atau riba? :haaa

:wassalam

SJ - 2732: Bacaan surah dalam solat..

:salam :sumo
Saya ada kemusykilan mengenai turutan surah yang dibaca ketika melakukan solat fardhu..
Ada yang mengatakan dalam rakaat pertama kita baca surah atau mana2 ayat yang panjang dahulu kemudian di rakaat kedua kita baca surah atau ayat yang pendek sedikit daripada rakaat pertama..