July 2003

SJ - 2729: [U] Sunnah & Syiah serang Wahhaby?

:salam

soalan1:'konfius' pasal atikel nie (kat bawah) tapi kita tau syiah memang macam tu... putar alam. Tapi sape boleh 'clearkan' atikel nie kat saya...
soalan2: website http://www.karbala.com/ nie patut diselidik dan diterangkan oleh panel2 yang berkemampuan supaya orang awam seperti saya jelas...
soalan3: ape pendirian ahli sunnah mengenai syiah dan wahabbi?

:wassalam

SJ - 2731: memakan sesuatu dari majlis yg bidaah

assalamualaikum
Berdasarkan pandangan yg mengatakan sambutan harijadi adalah bida'ah, bagaimanakah hukumnya jika saya menerima pemberian makanan dari seseorang yang menyambut harijadinya ?
btw, saya dah pun makan dan ada juga berfikir utk mengucapkan selamat hari jadi serta mendo'akan kesejahteraan utknya.
wassalam

SJ - 2754 : Solat Sunat Fajar Sebelum Masuk Waktu Subuh

Sebelum masuk waktu subuh (tetapi selepas fajar kazib), ada jemaah yang melakukan solat sunat fajar. Saya keliru jika memang ada solat sunat fajar sedemikian. Jika benar ada, bagaimana urutannya dengan solat witir yang telah dilakukan sebelum itu. Pada fahaman saya, solat witir boleh dilakukan sehingga seblum masuk waktu subuh. Adakah ini bererti kita patut melakukan solat fajar dahulu baru solat witir? Atau bagaimana yang sebenarnya?

SJ - 2720: karaoke lagi......

assalamuaalaikum,
berhubung ttg jawapan oleh ustaz pendekar di
SJ – 2715 : KARAOKE UNTUK JAGA HATI KAWAN, saya ingin mendapat lagi penjelasan lebih lanjut dalam keadaan di bawah ini :

a) Saya pergi berkaraoke bersama keluarga di bilik karaoke di hotel tempat kami menginap bagi menghabiskan masa cuti yang terluang.

b) pergi berkaraoke bersama kawan² yang sejenis (merupakan mahram kita)hanya tujuan berkumpul dan bergembira dengan kawan² yang dah lama tak jumpa.

SJ - 2734: solat dan bilangan rakaat solat

Assalamualaikum,
Saya sedang menghadapi berdebatan dengan golongan tarekat, hakikat yang pada pendapat saya sudah agak menyeleweng. Dan telah mengemukakan soalan seperti di bawah. Minta bantuan untuk menjawabnya
1. Apakah makna solat ?
2. Apakah dalil mengatakan solat subuh 2 rakaat, zohor 4 rakaat, asar 4 rakaat, maghrib 3 rakaat dan isyak 4 rakaat? Dan mengapa?
Bagaimanakah cara terbaik untuk menarik golongan seperti ini kembali kepada landasan Islam yang sebenar?

Terima kasih,wasallam
:before