al-ahkam.net 1434 on Facebook

Custom Search

SJ - 2736: Membayar Nazar (di India)

Lazada Malaysia

Assalamualaikum Ustaz Al-Ahkam
Saya ada terima e-mail seperti dibawah
Harap kesudian Ustaz untuk memberi penjelasan mengenai masalah mereka. Di sini saya ucapkan terima kasih :bee

Nama: Sulatan mohamad kassim
Tajuk soalan: Membayar Nazar
Masalah:

1. Saya dan isteri telah bernazar dengan mengirimkan niat nazar kami kepada kakak isteri saya dengan harapan mendapat seorang anak lelaki. Buat pengetahuan tuan, kami telah pun dikurniakan 4 orang anak perempuan. Kakak isteri saya telah menyampaikan nazar kami di sebuah masjid di negara INDIA.
Apakah ini dibolehkan?

2. Kakak isteri saya juga bernazar di India, sekiranya adiknya dikuniakan seorang anak lelaki maka adek, suami dan anak yang bakal dilahirkan akan menyempurnakan nazar mereka di masjid berkenaan( INDIA) dengan membuat kenduri doa selamat. Kami telah pun dikuniakan anak lelaki selepas itu.
Persoalannya niat melaksanakan nazar di INDIA adalah datangnya kakanya dan apakah harus kami melaksanakannya di INDIA seperti yang diminta oleh kakanya..

:wassalam
Jawab:
Nazar yg anda maksudkan itu dinamakan nazar Muqayyah (Nazar yg digantungkan pada suatu sifat atau keadaan yg tidak maksiat), maka ia wajib ditunaikan menurut jumhur kecuali Madzhab Hanafi kerana perkara ibadah boleh saja di tunaikan di mana saja. Bila kita melafazkan di India, tapi boleh juga di tunaikan di mana-mana mesjid di dalam negara. (Fiqh Sunnah)
Tapi jika nazar itu maksiat (yakni menyembelih binatang di mesjid kerana di sana dimaqamkan Wali tertentu), maka nazar itu tidak wajib ditunaikan kerana ia maksiat kepada Allah
(Fathul Bari: 11.485; Bidayah alMujtahid: 1/409)
nasihat kami:
Jika nazar itu bermaksud menyembelih binatang dan menjamu fakir miskin di sebuah mesjid di India, maka wajib dilakukan demikian menurut jumhur dan Jika nazar itu bermaksud menyembelih binatang di kuburan seorang wali atau mesjid wali di India, maka ia Nazar yg fasid. WA