July 2003

SJ - 2752: Menceritakan Hubungan Kelamin

:salam

Dari Asma' bertanya kepada Rasulullah SAW, ada suami isteri menceritakan hubungan kelamin kepada orang lain. Dengan muka yang merah Nabi bersabda mereka itu umpama syaitan jantan dan syaitan betina yang bertemu (hubungan kelamin) sambil disaksikan orang ramai.

[="purple"] Boleh tak ustaz2 beri Hadith yang lebih tepat serta hujjah2 tentang amalan menceritakan hubungan kelamin kepada orang lain, supaya setiap mukmin berjaga2 dalam perbualannya serta menjaga amanah suami atau isteri. [/] :guin

SJ - 2961 : Bertunang dengan Orang Bukan ISLAM

Adakah dibolehkan seseorang yang masih belum memasuki atau menganuti agama Islam bertunang dengan pasangannya yang sememang nya beragama Islam.
Walaubagaimanapun... org yang bukan Islam tadi memang berniat untuk menganuti Islam dan telahpun mengamalkan cara hidup Islam termasuk berkhatan, berpuasa...cuma masih belum ada kesempatan untuk ke Perkim...so boleh tak kalau bertunang dahulu baru masuk Islam?...

:confused:
sutraputih

SJ – 2766 : BERDEBAT DENGAN GOLONGAN YANG BODOH

:salam

Baru² ini ana ada mendegar satu hadis yang mengatakan kita tak perlu berdebat dengan orang² jahil kerana takut nanti akan bertambah²lah akan kejahilannya.

Jadi ana minta ust² kat al-ahkam berikan sedikit penjelasan dan berserta dengan hadis itu.

Sekian.Wassalam.

SJ – 2759 : PAHALA ANDARTU & BUJANG TERLAJAK

:bash :salam

Skrg heboh di suratkhabar dan Majalah Al-islam bln ini memperkatakan tentang kahwin lambat. Apa yg ingin saya utarakan adalah, jika seseorang perempuan yg telah berkahwin meninggal dunia ketika melahirkan anak mendapat syurga, begitu juga dgn mereka yg meninggal dunia tetapi tidak ada anak juga mendapat syurga,bagaimana pula dgn mereka yg telah berusaha mencari jodoh tetapi tidak berjumpa jodoh mereka dan mereka redha dgn ketentuan Allah, tidak kah darjat mrk lebih tinggi kerana keredhaan mereka?

Sekian Wassalam.

SJ-2783: Sambungan no 2712: Ibu bapa dan Suami

Dalam buku 40 peranan Isteri Cemerlang (siri keluarga gemilang), susunan Muhammad Thalib dan terbitan Darul Numan, di bawah tajuk "MENDAHULUKAN KEPERLUAN SUAMI DRP IBU BAPA", beliau menyebut 2 buah hadis:
Dari Anas, ujarnya: Rasulullah bersabda: Tidak patut seseorang sujud kpd org lain. Sekiranya seseorang patut sujud kpd org lain, tentu aku akan perintahkan seorang isteri sujud kpd suaminya, krn begitu besar haknya kpd isterinya itu.