August 2003

SJ - 2812 : Solat sunat Awwabeen

Assalamualaikum.
Saya ada terbaca dalam satu buku panduan mengenai sembahyang sunat, menyatakan solat sunat awwabeen dilakukan antara waktu maghrib dan isyak selepas saja selesai solat sunat rawatib (selepas) maghrib dan sebelum kita berkata-kata atau bercakap-cakap terus buat sunat awwabeen. Adakah ini benar ? Bagaimanakah kaedahnya ?
Sekian Terimakasih.

SJ - 2928: [Z] Berhenti Ketika Solat

Ketika Menunaikan solat saya berada dalam keadaan berhingus, dan ketika duduk diantara dua sujud saya berhenti dan menghembuskan hingus beberapa kali ke atas saputangan dengan menggunakan kedua2 tangan. perbuatan saya ini diperhatikan oleh rakan saya. Lalu setelah solat rakan saya mengatakan solat saya batal kerana perbuatan saya itu. Dia mengatakan sepatutnya saya menggunakan sebelah tangan dan menghembuskan hingus tadi ala kadar saja tak perlu bersungguh2. Cukup hingus yang nak meleleh tadi keluar.

SJ - 2913: Majlis ilmu : adakah mengganggu org yg solat?

:salam
Situasi: Kerapkali bila ada majlis ilmu, cthnya seperti selepas Maghrib biasanya. Kadang-kala ada jemaah yg masih solat sunat ba'diah, awwaabin, mungkin jugak solat2 yg lain.
Soalan :
a) Adakah perlu utk tunggu mereka selesai solat, baru adakan majlis ilmu jikalau takut2 mengganggu mereka (tambahan pula jika menggunakan mikrofon)? :head

SJ - 2813: Kepimpinan wanita

:salam

assalamualaikum wrt wbt

maafkan saya ustaz zayed dan ustaz zain, bila saya baca hujah2 yg dikemukakan oleh ustaz zayed, pandangannya bernas tapi saya rasa ianya perlu di detailkan:

1: Hadith muslim: "Agama itu nasihat utk Allah, RasulNya, KitabNya, Imam dan kaum muslimin."

hadith ini tidak menunjukkan kepimpinan wanita

2: Ayat surah At-Taubah: ayat 71: "Dan orang yg beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat jahat...."(At-Taubah: ayat 71)

SJ - 2883 : adakah pahala membaca petikan asal hadis dlm bah

:salam

Adakah wujud ganjaran yg diketahui jika bila mana kita membaca hadis itu dalam bahasa Arab yang asalnya sebelum membaca terjemahan (harap ditimbangkan sama ada seseorang itu faham bahasa Arab atau tidak), atau memadai dengan membaca terjemahan sahaja?

Ini berikutan dengan ganjaran utk bacaan Quran - jika membaca dalam bahasa Arab, sudah pasti ada ganjaran.

:wassalam