August 2003

SU-00112: Cara Menyampaikan Sabdaan Nabi SAW untuk orang awa

:salam

Bagaimanakah caranya untuk setiap muslim menyampaikan risalah-risalah Allah serta sabdaan-sabdaan Nabi SAW dalam kehidupan seharian.

Kita lihat sekarang ramai orang-orang muda sekarang yang berminat dengan Hadith nabi. kebanyakkan dari mereka sudah ada kesedaran tentang pentingnya beramal dengan sabdaan Nabi SAW walaupun kebanyakkan dari mereka tidak ada background mengaji di pusat-pusat Ilmu Islam secara konsinten.

SJ - 2804 : Qiam Cara Rasulullah SAW

:salam

Saya ada mendengar sirah Rasulullah yang cara kiam yang dilakukan Rasulullah saw ialah hanya kedua2 tangan di paha (seperti Kaum Syiah) dan telah diubah oleh Sahabat (tak silap Saidina Umar) setelah kewafatan Rasulullah. Bolehkah Ustaz jelaskan serba sedikit tentang sirah ini.

:wassalam

SJ - 2831: Mengagihkan wang zakat sendiri..

:salam Tuan Ahli Panel..

Dlm satu hadith(Riyadussolihin), Rasul SAW mengutus Muaz b Jabal ke Yaman utk memungut zakat org kaya dan agih kpd fakir dan miskin. Adakah ini menjadi dalil supaya membayar zakat kpd amil yg dilantik oleh pemerintah?

Adakah tafsiran ayat 103, Surah At-Taubah yg menunjukkan kata perintah(ambillah)kpd amil utk memungut zakat, dan bukannya agih sendiri?

SU-00118: solat - tashaud awal

:salam

Ada ustaz dekat sekolah saya dahulu ada mengajar dan menyatakan ucapan selawat keatas Rasulullah s.a.w utk. tashaud awal adalah sekadar "Allah hu musoliala muhamad". dan habis setakat itu.
Manakala pada tashaud akhir adalah "Allah hu Musoliala muhamad wa alaali muhammad...sehingga akhir". Tetapi jika disebut setakat "...waalaali muhammad" juga memadai, tetapi jika disambung hingga akhir adalah lagi baik.
Benarkan pendapat ini? Kerana jika dilihat pada Sifat solat Nabi, pada tashud awal selawat keatas nabi dibaca hingga habis.

SJ - 2893: Masih KWSP

Assalamualaikum...
Minta maaf. Di sini saya inginkan kepastian. Apabila kita mengetahui bahawa KWSP masih diurus secara konvensional adakah ia bermakna dividen KWSP itu riba? dan oleh kerana pencarum tidak ada pilihan untuk menentukan pelaburannya, maka apa kita boleh buat dengan dividen itu? Ia dikira halal atau haram digunakan? Terima kasih di atas jawapan sebelum ini.

SJ - 2798 : Niat Solat.

:salam
Saya ingin mendapat kepastian drpd niat solat dibawah ini dan dr mazhab manakah yg mengamalkannya.

Ushalli fardhu dhuhri arba'a raka'aatin mustaqbilal qiblati adaa-an (ma'muman/imamam) lillahi ta'ala.

Sahaja aku shalat fardhu dhuhur empat raka'at menghadap kiblat (ma'muman/imamam) kerana Allah Ta'ala.

Terima kasih.

SU - 00109 : Sembahyang secara duduk diatas kapalterbang

assalamualaikum,
Saya berkerja sebagai juruterbang. Bila tiba waktu solat, saya akan bersembahyang secara duduk dikabin rehat krew atau didalam dek penerbangan (kokpit).Ruang yg kecil dlm kapalterbang tidak membenarkan saya utk bersembahyang secara biasa. Adakah sembahyang saya ini sah (secara duduk) kerena saya sihat?

Apakah hukum saya meninggalkan sembahyang jumaat kerana bertugas (dlm kapalterbang) atau berada diluar negeri dimana saya tidak bertemu dengan umat islam atau masjid disesetengah negara?

SJ - 2795 : Solat jemaah atau solat sunat subuh

:salam
Ana nak tanya skit berkenaan awwalliyat...ana tinggal berhampiran dgn surau..Utk solat Subuh kadang-kadang ana terjaga ketika azan. Sudah selesai bersiap utk solat, imam telah mula solat. Adakah ana perlu solat sunat subuh dan kemudian pergi ke masjis utk berjamaah dan masbuq pd rakaat kedua tetapi yang pastinya ana sempat utk berjemaah di surau. Mana lebih utama solat sunat atau takbir pertama bersama imam?

:wassalam