August 2003

SJ - 2825: [U] Talkin,tahlil,kenduri

:salam
Ana cukup musykil dah lama dah dan ingin sgt nak tau ttg perkara yg berhubungkait dgn perkara mati ni sbg persediaan diri ana dan keluarga ana seterusnyer ikhwan muslimin sekalian.
Ana nak mintak penjelasan dr panel Al-Ahkam yg InsyaAllah memiliki ilmu yg mengatasi ana agar dapat menerangkan kpd ana apa kah sebenarnya amalan yg paling baik mengikut sunnah Rasulullah dlm pengurusan jenazah.
Adakah talkin merupakan satu sunnah Rasul?Jika bukan,apakah yg selayaknyer dibuat setelah jenazah dikebumikan?

SJ - 2946: Poligami di INDONESIA

SAYA INGIN BERTANYA BAB PoLIGAMI, DIMANA seorang lelaki yg telah beristeri 1, ingin mengamalkan poligami dan berkahwin dgn wanita indonesia. Ini memudahkan dan menjaga keharmonian dimana kedua madu tidak akan bertemu ( yg biasanya menjadikan kacau bilau). Silelaki akan cuba ersikap adil dan bersama isteri kedua 4-5 :smirk: :axe hari dalam masa 1 atau 2 bulan diindonesia.
Apa pendapat ahli panel dalam keadaan ini

SJ - 2829 : Jual Beli dan iklan didalam masjid

:salam

minta jasa baik dari pihak panel menerangkan tentang haramnya mengadakan aqad jual beli serta mendedahkan barang jualan didalam masjid (rujukan : kitab bahrul madzi). adakah menampal iklan jualan barang atau servis didalam masjid dikira sebagai mendedahkan barang jualan ? dan apa pendapat jumhur ulamak?.

:wassalam

SU-00118: Fesyen..?

Assalamualaikum.
fesyen dibenarkan oleh islam asalkan ia tidak melampaui batas2 agama. sejauh manakah kebenaran kenyataan tersebut dari sudut pandangan Islam (bersama penjelasan.. insyaallah)
adakah fesyen wanita terkini (cth: tudung segitiga, baju berlengan panjang ala t-shirt lelaki, seluar) sesuai pada pandangan islam? terdapat sesetengah muslimah yang mengatakan tidak mengapa, akan tetapi ada yang mengatakan di sebaliknya.

jazakumullahu khairan katsira

SJ - 2816: Artis & Hiburan.

:salam

Yang Mulia Ustaz,

seringkali kehidupan seharian remaja masa kini dikaitkan dengan hiburan terutama hiburan berbentuk lagu (lagu biasa @ atau nasyid):

1) adakah nasyid sekarang ni masih lagi di dalam lingkungan irama yang dibolehkan di dalam Islam?

2) tiadakah wujud di sana perubahan di dalam alat-alat dan bentuk muzik yang boleh diguna pakai dlm zaman kini? contohnya, alat keyboard yang sering digunakan dalam nasyid dll.

*******

soalan lain:

SJ - 2818: Mayat Bertuka Menjadi BABI

:salam

Berikut ini adalah salah-satu soalan yang masuk ke dalam e-mel peribadi saya .

Saya harap selepas ini , TOLONGLAH JANGAN DIHANTAR SEBARANG SOALAN-SOALAN ke e-mel peribadi saya .

Bukankah LEBIH BAIK diajukan terus ke web al-Ahkam Online TANPA perlu melalui e-mel saya . :adus

Menghantar soalan ke e-mel peribadi para pengendali dan panelis al-Ahkam mungkin menyebabkan soalan tuan-tuan & puan-puan semua tidak akan dijawab dengan segera dan mungkin juga tidak akan dijawab langsung .

SU-00119: Taharah dan was-was

Assalamualaikum warahmatullah,
Al-fadhil ustaz,
Saya menghadapi satu masalah, mungkin kerana kejahilan atau mungkin kerana penyakit was-was saya.(Atau istilah saintifiknya, OCD, Obsessive Compulsive Disorder). Masalah saya berlegar di sekitar najis mughallazah. Alhamdulillah, dalam ruangan ahkam, ada ruang untuk mengguna-pakai mazhab lain selain Syafiiyah sekiranya diketahui dalilnya. Dengan itu masalah saya berhubung kenajisan babi telah berkurangan kerana hanbali membenarkan penggunaan pencuci menggantikan tanah.