August 2003

SJ - 2837: Pinggan Mangkuk China Bone

Assalamualaikum,

Pinggan mangkuk china bone kebanyakannya mengandingi tulang yang pastinya bukan tulang binatang disembelih. Tulang ini dihancurkan dan diproses menjadi bone ash sebelum dicampur dalam bahan membuat pinggan mangkuk. Ada yang menggunakan 50% bone ash sebagai bahan dalam pinggan mangkuk tersebut. China bone amat popular dikalangan mereka yang gemar membeli pinggan mangkuk mahal.

Apakah hukum menggunakan pinggan mangkuk yang dibuat daripada bone ash ini?

SJ 2849: Sejarah pembacaan doa qunut

:salam
Benarkah dalam sirah Rasullah SAW mengatakan 30 hari sebelum kewafatan Nabi, Nabi SAW tidak melakukan do'a qunut dan amalan ini (tidak membaca doa qunut dalam solat Subuh) diteruskan oleh khalifah Abu Bakar, Umar (keduanya ra).....tolong beri penjelasan sekiranya maklumat ini betul atau salah dan juga rujukan yang boleh ana dapatkan. [email][/email]

SJ - 2851: [ZYD] Cium tangan-zakat-Oral seks-sikap menantu

Assalamualaikum.
1-Apakah ada sunnah mengenai cium tangan apabila bersalam atau tak lebih daripada adat orang Melayu sahaja?
2-Seorang datuk membayar zakat kepada cucunya, yang mana siibunya(tiada perkerjaan tetap)adalah janda dan bapanya(berkerja dan memberi rm250 nafkah tiap bulan kepada dua anaknya) masih hidup. Tiap-tiap bulan siatuk memberi wang RM 200 kepada siibu. Adakah mereka dibawah tanggungannya dimana mereka tidak layak menerima zakat?

SJ - 2944: Insuran, kad diskaun bagi pelajar

:salam

Di luar negara, terdapat skim insuran bagi pelajar yang menuntut di sana yang cover barang-barang dan diri pelajar itu. Pelajar itu dikehendaki membayar sejumlah amaun setiap bulan. Pastinya skim ini tidak menggunakan garis panduan Islam. Jadi adakah boleh pelajar menggunakan skim ini kerana tiada alternatif lain? Jika apa-apa berlaku dan tiada insuran maka pelajar itu terpaksa mengguna wang yang banyak dan ini akan menyukarkan.