August 2003

SJ - 2920: DAULAT

Assalamualaikum…

Kalau kita baca dalam buku-buku sejarah… Raja-raja atau sultan Melayu yg dulu-dulu…dicatatkan sebagai seorang yang mempunyai daulat… sehingga sesiapa yg menderhaka sultan tu…dikatakan menerima “tulah” dsb….

Betul ke?...jika ya, adakah ke”derhaka”an tu termasuk dalam kategori “bughoh” sehingga mendapat bencana yg sememangnya kita tahu…ADALAH DITURUNKAN OLEH ALLAH?
WA

SJ - 2910: Berkorban

Assalamualaikum…
Sering kita lihat dalam rancangan televisyen ttg seseorang yg dianggap “hero” … kalau ada orang yg nak kena langgar kereta ke… nak kena hempap dengan benda berat ke…, “hero” ni selalu datang menyelamatkan org tu sehingga kadang-kadang tu… “hero” tu yg terkorban…
Jadi soalannya… adakah tindakan seumpama itu juga dianggap sebagai “membunuh” diri? Atas alasan apakah kita boleh gunakan untuk mempertahankan tindakan tersebut? WA

SJ - 2966: solat/wudu' masa perang/ latihan perang...

:salam
nak tanya...camner solat/wudu' masa perang/latihan perang? sama ke? maksudnya kalau nak ambik wudu' kena complete semua anggota ke? nakkan kepastian, ada cakap kalau basuh muka x wajib cuci kalau pakai make-up yg digunakan utk penyamaran (sgt penting masa perang)& x wajib basuh kaki bebetul, cukup sekadar sapukan air pd kasut sikit... wallahulam.

SJ - 2859: Solat Juma'at sebelum waktu

Salam,

Saya ingin tahu samada wujud pendapat/khilaf dlm masalah ini.
Misalnya di tempat kerja yg jauh dari masjid sekumpulan muslim yg terpaksa berjemaah di pejabat membuat keputusan menetapkan waktu solat jumaat pada pukul 12:30 tghhari utk sepanjang tahun tersebut walaupun waktu zohor hanya masuk pada pukul 1:30 dan akan berubah waktunya mengikut pertukaran musim. Jazakallahukhairan.