August 2003

SJ - 2900 : Tanda cross pada lambang

:salam

Ada sesetengah lambang pasukan bola sepak,negara atau universiti luar negara yang mempunyai ilustrasi seakan-akan tanda cross. Adakah dibolehkan kita memakai baju seperti jersi bola sepak atau baju universiti yang mempunyai lambang tersebut?

Terima kasih

SU-00126: memakai batu+pelupa

assalamualaikum

saya ni merupakan seorg pelajar di sebuah college dan saya adalah seorg yang sering menghadapi masalah lemah semangat ataupun gabra..
pd waktu peperiksaan saya selalu menjd kelam kabut dan sebagainya sehingga soalan yg amat mudah skali sy tersilap jwb

jd skunk nie..parents saya telah pergi berjumpa dgn seorg ustaz..agar dpt menolong saya utk mengurangkan masalah tersebut..

saya diminta untuk meminum air yasin..dan mengisi semula botol air yasin tersebut jika air itu dah nak abih ataupun sudah habis dan seterusnya.

SJ - 2861: [Z] 40 hari Untuk Roh

:salam
Betulkah mengikut ustaz saya (pelajar tasauf) mengatakan bahawa roh seseorang akan beredar di bumi selama 40 hari? Kerana saya pernah mengalaminya baru baru ini, saya telah ternampak rakan se asrama saya yg meninggal kerana demam-denggi-berdarah masuk ke dalam dorm saya untuk mengambil barangnya yg ditinggalkan olehnya.

:wassalam

SJ - 2912: [Z] Tertib dan kaifiat doa

:salam

1) Adakah nas yg menceritakan cara Nabi berdoa selain dr lafaz doa. Maksud saya mmg tsabit ttg doa selepas azan contohnya, ttp adakah Nabi SAW mengangkat tangan dan kemudian menyapu muka selepas habis doa, atau adakah Nabi SAW hanya berdoa di dalam hati ataupun adakah Nabi SAW hanya melafazkan doa tersebut tanpa mengisyaratkan mana2 anggota tubuh (i.e mengangkat tangan).

2) Jika Nabi SAW contohnya tidak mengangkat tangan ketika dalam doa2 tertentu, adakah salah jika kita membuatnya. Adakah ianya termasuk dlm perbuatan bid'ah?