August 2003

SJ - 2914 : lafaz kinayah

Assalamu'alaikum ustaz,
ana ada keraguan berkenaan masalah lafaz cerai kinayah.

ada sedara hari tu, isteri dia datang dekat kat dia....sebab mungkin isteri dia ada berpeluh dia cakap kat isteri dia "busuk awak ni". lepas tu dia kata tengah dia cakap tu tak tau camner tertiba ada macam lintasan cerai.

SJ - 2869: [G] solat

assalamualaikum,
saya sedang belajar di luar negara. ada rakan saya menyatakan bahawa jika kita ada kelas dan tidak dapat menunaikan solat dalam tempoh berkenaan, jadi kita boleh melakukan solat jamak di awal waktu. contohnya jika berada didalam kelas sepanjang waktu asar. maka menunaikan solat asar jamak dlm waktu zohor sebanyak 4 rakaat.
2) kawan saya menyatakan bahawa ini lebih baik kerana didalam Islam tiada solat Qado..

SJ - 2863: MERDEKA!!!

:salam
apakah sebenarnya pengertian 'merdeka' itu bagi kita di kalangan umat Islam? adakah kita sebenarnya merdeka.. padahal hakikat kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini jelas menafikan kenyataan tersebut.. tetapi mungkin dapat diperjelaskan lagi tentang sifat-sifat kemerdekaan yang sering dilaung-laungkan.. diraikan.. seperti yang bakal kita hadapi dalam beberapa hari yang mendatang ini.. mungkin juga dapat dikupas dari pendapat ulama2.. setelah ditunjukkan nas-nas dari al-quran dan sunnah itu sendiri..

SJ - 2884 : Bila Wujudnya Zaman Dinosour?

:salam

Mungkin soalan yang saya nak kemukakan ni agak pelik dan kelakar. Tapi mungkin pihak Ahkam ada jawabnya.. Soalan saya.. Bila wujudnya zaman dinosour?.. adakah sebelum Adam atau sesudah Adam ?.. sebab dalam qasasul anbiya' takde pun disebut akan kewujudan binatang besar seperti dinosour... tapi kewujudannya di buktikan secara saintifik. dan sains juga menyatakan telah wujud manusia semasa zaman Dinosour ni..

:wassalam :confused:

SJ - 2864 : Nabi Isa telah wafat sebelum dinaikkan?

"Kami tidak menjadikan hidup abadi bagi seorang manusia pun
sebelum kamu (Muhammad), maka jika kamu mati apakah mereka
akan kekal?" (Q.s. Al-Anbiyaa': 34).

Soalan:
Semasa nabi Isa a.s diangkat kelangit,sudahkah ia diwafatkan atau belum? Kalau sudah adakah dia akan dihidupkan kembali pada akhir zaman untuk turun kembali kadunia?