Nota: Sahih Muslim 17/06/2009 - Larangan Mencampur Rendaman Buah Tamar Dan Zabib

Zabib

Sahih Muslim 17/06/2009 - Larangan Mencampur Rendaman Buah Tamar Dan Zabib

Oleh zain-ys (berdasarkan kuliah SM170609)

Durasi
00:00:00 Pembacaan matan: Bab: Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali

Durasi 00:21:55 Terjemahan: Bab: Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali

Durasi 00:46:31 Memahami manhaj Imam Muslim dalam menyusun kitab Sahihnya melalui bab ini. Di mana, jika terdapat hanya sedikit sahaja perbezaan samada sanad ataupun matan, imam Muslim akan mendatangkan hadis berkenaan lengkap dengan sanadnya.

Durasi 00:49:00 Syarah: Bab: Larangan Merendam Buah Tamar Dan Buah Zabib Dengan Mencampurkan Kedua-duanya Sekali
- Melalui bab ini juga kita dapat memahami latarbelakang sejarah pengharaman arak dalam Islam.
- Mengapa orang Arab dahulu merendam kurma kering ke dalam air? Tujuannya adalah untuk melazatkan minuman. Mereka merendamnya selama beberapa ketika dan meminumnya.
- Minuman ini dibenarkan selagi ia tidak memabukkan.
- Tujuan Nabi s.a.w. melarang dari mencampur minuman berkenaan dengan bahan lain kerana:
1. Bimbang ia akan lebih cepat bertukar menjadi khamar yang memabukkan. Ini untuk mengelakkan kita dari terminum minuman yang diharamkan.
2. Nabi s.a.w. mahu mengajar umatnya bersederhana, tidak gelojoh dan tidak mewah dalam keadaan susah.

Hukum mencampur rendaman: Menurut mazhab al-Syafi'i makruh.

Durasi 00:57:00 Larangan merendam dalam bekas yang biasa digunakan untuk membuat arak.
Tujuannya ialah, menggunakan bekas berkenaan akan mempercepat rendaman itu menjadi arak.
Juga untuk menghalang umat Islam yang baru diharamkan meminum arak dari teringat atau terkenang minuman berkenaan.

Durasi 01:03:29 Perintah dan larangan Nabi s.a.w. ke atas kaum Abdul Qais yang terkenal kuat meminum arak.