SJ - 2818: Mayat Bertuka Menjadi BABI

3 posts / 0 new
Last post
Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
SJ - 2818: Mayat Bertuka Menjadi BABI

:salam

Berikut ini adalah salah-satu soalan yang masuk ke dalam e-mel peribadi saya .

Saya harap selepas ini , TOLONGLAH JANGAN DIHANTAR SEBARANG SOALAN-SOALAN ke e-mel peribadi saya .

Bukankah LEBIH BAIK diajukan terus ke web al-Ahkam Online TANPA perlu melalui e-mel saya . :adus

Menghantar soalan ke e-mel peribadi para pengendali dan panelis al-Ahkam mungkin menyebabkan soalan tuan-tuan & puan-puan semua tidak akan dijawab dengan segera dan mungkin juga tidak akan dijawab langsung .

Harap mendapat perhatian sewajarnya daripada tuan-tuan dan puan-puan yang budiman sekalian .

Sekian .

*************************

Date: 8/12/2003 03:14:54 -0700
From: adib isa
To: pendekar
Subject: soalan hadis

-------------------------

Assalamulaikum,pertanyaan saya ialah berkenaaan dgn hadis yang menceritakan tentang orang yang tidak mengerjakan solat ketika mayatnya hendak disembahyangkan ,tiba-tiba mayatnyaa bertukar menjadi babi,,,,adakh hadis ini sahih atau tidak?

---------------------------------
Do you Yahoo!?
Yahoo! SiteBuilder - Free, easy-to-use web site design software

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: MAYAT BERTUKAR MENJADI BABI

So far, setakat yang diketahui tidak ada riwayat dari sunnan sittah bahawa adanya kisah mayat bertukar menjadi babi.

Walaupun begitu, Al-Hafiz Az-Zahabi dalam kitab Al-Kabair menakalkan kata2 ibnu Abbas R.A bahawa terdapat seorang lelaki yang melakukan hubungan seks dgn lelaki (gay), kemudian meninggal dunia tanpa sempat bertaubat, rupa bentuknya mayatnya bertukar menjadi babi.

Di dalam kitab sama juga, Al-Hafiz Az-Zahabi turut menakalkan kisah pada zaman Bani Umaiyyah pada pemerintahan Abdul malik bin Marwan yakni seorang pencuri kubur telah melihat mayat bertukar menjadi babi kerana meminum arak tanpa sempat bertaubat sebelum meninggal.

Manakala Imam Al-Ghazali dalam Kitab Ihya’ Ulumuddin menakalkan kisah pada zaman nabi Musa A.S di mana seorang manusia bertukar menjadi babi kerana menjual agamanya.

Walaupun terdapat kisah sedemekian di dalam kedua kitab ini, kita harus juga meneliti sumber-sumber yang dipakai dlm kedua kitab ini adakah ia nya melalui Jalan yang sahih etc. Seperti yang kita ketahui, Ihya’ ulumuddin ditakhrij dan ditahqiq oleh Al-hafiz Iraqi.

Sungguhpun begitu terdapat kisah di dlm al-quran bahawa manusia bertukar menjadi kera dan babi. It happened once long time ago tetapi tidak mustahil ia boleh berlaku zaman sekarang kerana kekuasaan Allah S.W.T, kalau Dia (Allah) kata ‘Kun’..jadilah ia.

Firman Allah S.W.T:
“Dan sesungguhnya kamu mengetahui bagaimana buruknya akibat orang di antara kamu yang melanggar larangan pada hari sabtu, lalu Kami berkata kepada mereka: Jadilah kamu kera yang hina.” (Surah Al-Baqarah: ayat 65)

FirmanNya lagi:
“Katakanlah mahukan aku khabarkan kepada kamu tentang perkara yang lebih buruk balasannya di sisi Allah daripada yang demikian itu? Ialah orang yang dilaknat oleh Allah dan dimurkaiNya dan ada di antara mereka dijadikan kera dan babi. Mereka inilah yang lebih buruk kedudukannya dan yang lebih sesat dari Jalan yang betul.” (Surah Al-Maidah: ayat 60)

Wahbah Az-Zuhaili, di dalam Tafsirnya Tafsir Al-Munir, ayat ini (Al-Maidah: 60) diturunkan disebabkan sikap golongan Yahudi di Madinah yang mempersendakan orang islam semata2 kerana mereka (orang Islam) beriman kepada Allah dan RasulNya dan rasul2 sblmnya. Mereka (yahudi) menganggap agama islam ini agama yang jahat. Lalu Allah S.W.T menempelak golongan yahudi ini dgn mengemukakan kisah masyarakat yahudi di zaman silam, yang dilaknat dan dimurkai Allah kerana masyarakat mereka sebenar2 adalah masyarakat yang jahat. Lalu Allah S.W.T menukar rupa bentuk mereka menjadi kera dan babi.

Manakala ayat al-baqarah di atas tadi adalah petunjuk hukuman Allah kepada penduduk yahudi di zaman nabi Musa A.S yang tidak mengendahkan larangan menangkap ikan hari sabtu. Lantas Allah S.W.T menukar rupa bentuk mereka menjadi kera. Menurut pendapat seorang ahli tafsir, Qatadah, orang muda mereka telah ditukar menjadi kera, manakala orang tua ditukar menjadi babi. Manakala menurut pendapat Mujahid (mufassirin juga) berpendapat bahawa bukan rupa bentuk mereka tetapi kefahaman mereka diubah menjadi kera. Menurut Ibnu Abbas dan Ibnu Attiyah, babi dan kera ini tidak makan, tidak minum dan tidak beranak pinak. Bahkan mereka semua mati selepas 3 hari menjadi kera dan babi.

Al-Qurtubi di dlm tafsirnya mengenai ayat al-baqarah tadi, bahawa Ibn ruman menjelaskan perbuatan segolongan yahudi menangkap ikan pada hari sabtu, lalu ditegur sebahagian yang lain yg masih berpegang teguh dgn syariat nabi Dawud tetapi teguran itu tidak diamil peduli. Lalu mereka memanjat dinding yang dibina sebagai garis sempadan dgn golongan yang derhaka itu. Semua mereka yg ingkar bertukar menjadi kera dan babi. Binatang ini mengenali keturunan keluarga mereka yang berpegang teguh kepada syariat Nabi Daud A.S. Ahli keluarga mereka berkata: “Bukankah kami telah melarang kamu seblum ini dari menangkap ikan pada hari sabtu. Binatang-binatang itu mengangguk kepala.”

Imam Fakhrul Razi di dalam tafsirnya mengenai ayat 65 tadi, berdasarkan riwayat Ibn Abbas, peristiwa ini berlaku di zaman Nabi Daud di sebuah Bandar yang dikenali dgn nama Ailah. Bandar ini terletak di tepi laut antara madinah dan syam. Ia merupakan tempat di mana ikan2 dari seluruh muka bumi berkumpul di situ selama sebulan dalam setahun, sehinggakan tidak dapat melihat airnya kerana terlalu banyak ikan2 yang datang ke situ. Lalu sesetengah penduduk menggali kolam kecil di tepi pantai dan membuat saliran air utk menangkap ikan tersebut. Apabila ikan tersebut masuk ke dlm kolamitu, mereka akan menangkapnya pada hari ahad. Perbuatan ini telah melanggar hukum Allah (pada ketika itu). Oleh kerana menjadi kebiasaan malah menjual ikan itu, lalu ditegur mereka oleh penduduk yang berpegang teguh kepd syariat. Tetapi teguran itu tidak diendahkan dan dengan beraninya mereka menjawab: “Sudah lama kami melakukan aktitiviti ini, tidak ada apapunyang menimpa kami melainkan kebaikan.” Lalu bertukar mereka menjadi kera yang hina dan hanya hidup selama 3 hari.

Menurut sesetengah ulamak tafsir pertukaran itu bukanlah dari segi rupa bentuk fizikal tetapi perangai dan kefahaman mereka menjadi babi dank era. Tetapi jumhur mufassirin mengatakan bahawa pertukaran itu adalah secara hakiki dan bukannya simbolik.

Jadi di sini, dapatlah kita simpulkan bahawa mereka yang melanggar syariat Allah akan mendapat balasan dan azab samada secara cash di dunia ataupun di akhirat. Allah jua berkuasa menentukan.

Rujukan:
Tafsir Al-Munir, Wahbah Az-Zuhaili
Kitab Al-Kabair, Al-hafiz AZ-zahabi
Al-Jami’ Li Ahkamil Al-Quran, Abu Abdillah Al-Qurtubi
Tafsir Al-Kabir Wa Al-Mafati

Offline
Joined: 01/01/1970 - 7:30am
Re: MAYAT BERTUKAR MENJADI BABI

:salam
Komentar:
1. Isu Ustaz Pendekar yg agak terganggu dengan kemasukan soalan ke dalam mailbox peribadinya. Kemungkinan soalan itu adalah dari peminat setia beliau.

2. jawapan Ust Zayed kita semakin mantap. Kita beri status Imtiyaz pada jawapan ini. JKK