October 2003

SJ - 3009: Keris taming sari dan syirik

Pertanyaa saya berkisar pada sejarah Melaka. Maklum bahawa semasa pertarungan hang tuah dan jebat kemenangan berkisar pada siapa yg memiliki Taming Sari. persoalan saya :
1. Apakah kisah tersebut merupakan satu fenomena syirik dgn mempercayai kehebatan Keris Taming sari tersebut
2. Apakah pula hukum bagi ibu bapa yg menyampaikan kisah- kisah diatas sebagai pengajaran kpd anak2.( bagi Ibu bapa yg jahil dan tak mengerti adanya unsur syirik dlm kisah diatas) :martialar

SJ - 2988 : Masalah Syuruk

:salam

Saya hendak tahu, sekiranya seseorang itu terlewat sikit bangun untuk menunaikan fardhu Subuh, tetapi masih di dalam waktu subuh. Selepas dia mandi dan berwudhu', waktu syuruk pula telah tiba. Kita telah diharamkan untuk bersolat semasa syuruk. Jadi dalam situasi tersebut, bagaimana sesorang itu hendak solat Subuh? Adakah dia harus menunggu habisnya syuruk? Dan berapa lama kah harus dia tunggu sehingga dia dapat menunaikan solat fardhu Subuh yang terlepas tadi? Sekian, syukran. :nari

SJ - 3012: [G+Z] Anak Tiri

Assalamulaikum,
Ustaz....
1) Apakah hukumnya hubungan saya dengan anak tiri Lelaki?
Adakah batal air sembahyang sekiranya bersentuhan...(anak tiri lelaki saya kini berusia 15 tahun).

2) Apabila seorang suami meninggal dunia mengapa isteri tidak dibenarkan menyentuh atau menciumnya buat kali terakhir ?

3) Saya ingin mempelajari dan mendalami agama Allah dengan lebih mendalam lagi...saya kurang disegi agama dan amat memerlukan bimbingan..apakah ustaz boleh memberikan sedikit cadangan.

SU-00166: melebihkan pergerakan ketika selsema?

:salam

bagaimanakah halnya jika seseorang itu selsema yang berterusan (iaitu yang selalu mengeluarkan bendalir dari hidungnya) sedang dia hendak mengerjakan solat. bolehkah sekiranya dia melebihkan pergerakan dlm solat utk menahan air hidung nya dari meleleh/jatuh ke bawah seperti menggunakan sapu tangan atau sebagainya. apakah terdapat kelonggaran dalam melebihkan pergerakan dalam solat jika terjadi seperti ini?.

:wassalam

SJ - 3039: [Z] Letak nama waris

Assalamualaikum.
Bolehkah saya meletakkan nama-nama pewaris saya untuk mewarisi duit EPF(KWSP) saya apabila saya mati kelak. Yg menjadi kemusykilan saya adalah :
1. adakah duit itu akan dibahagikan secara faraid atau secara sama rata oleh pihak EPF.
2. siapakah yg patut saya letak sebagai waris mengikut susunannya.
3. dalam borang tersebut hanya ada 4 penama sahaja, bagaimanakah sekiranya waris kita melebihi drp 4 org. Adakah yg selebihnya ini akan dinafikan pula hak mereka.