October 2003

SJ - 3026: Aulawiyyat lagi!!

:salam

Apakah yg aulawiyyat utk keadaan berikut:

Seorang yg masih dlm tanggungan ibubapa dan masih belajar, tetapi mempunyai masalah utk mengawal nafsunya sehingga terganggu pelajarannya dan ibadahnya (cth: seringkali terganggu solatnya @ sukar utk khusyuk dlm solatnya). Apakah yg patut dilakukan olehnya:
1) meminta izin dgn ibubapanya utk berkahwin :p
2) bersabar dgn berpuasa (sebagai perisai) :crazy:
3) bagaimana kalau tetap juga terganggu walaupun sentiasa berpuasa?? :confused:

SJ - 3020: [Z] Mandi Jumaat

Assalamualaikum...

Ada dua soalan,

1. Saya ada jumpa hadis dalam Sahih Bukhari yg mengatakan yg mandi pada hari Jumaat adalah wajib pada orang dewasa. Boleh tolong komen tak sebab yang saya belajar, mandi pada hari Jumaat tu sunat.

2. Ada orang kata, bersetubuh pada malam Jumaat ni fadhilatnya 1000 ekor kibash, ni sahih ke?
wallah'alam. jazakallah khair

SU-00195: Mohon Semakkan Status Hadis-hadis ini

:salam

Dari Yahya ibn Katsir, katanya: "Sampai kepadaku bahawa sesiapa membaca surah Yasin di waktu pagi hari maka ia selalu di dalam kegembiran hingga petang hari dan siapa membacanya di waktu petang hari maka ia selalu dalam kegembiraan hingga pagi hari."

:wassalam

SU-00196: Mohon Semakkan Status Hadis-hadis ini

:salam

Dan siapa sahaja, orang islam, membaca surah Yasin ketika sakratulmaut tidak hendak mengambil rohnya sehingga kehadiran Malaikat Ridwan dengan membawa seteguk minuman Syurga dan di minumkan kepadanya di atas pembaringannya dan dirasakan kesegarannya ketika di ambil nyawanya juga kesegaran kelak di dalam kubur dan ia tidak memerlukan telaga para nabi, hingga masuk Syurga ia selalu merasakan kesegaran."

:wassalam

SU-00197: Mohon Semakkan Status Hadis-hadis ini

:salam

"Siapa saja, orang muslim, tatkala akan meninggal di bacakan surah Yasin maka turunlah untuk setiap satu huruf sepuluh malaikat; mereka berdiri berbaris di hadratnya memohonkan rahmat dan keampunan untuknya, pula menyaksikan di mandikan jenazah, menghantarnya, mennyembahyangkannya juga ikut hadir di dalam pemakamnya.

:wassalam

SU - 00176: [Z] Status Hadis Yaasin: Jantung AQ

(i)
:salam

At-Tirmizi mengikhraj hadis dari Anas RA dari Nabi SAW, beliau bersabda:

"Sesungguhnya bagi tiap sesuatu itu ada jantungnya, dan jantung al-Quran adalah surah Yasin; maka Allah mencatat bagi pembaca surah Yasin tersebut senilai bacaan al-Quran sepuluh kali."

:wassalam

SJ - 3067: [A] Lanjutan soalan naskh dan mansukh

Assalamualaikum,

Saudara thtl, thanks for the explanation. Saya utarakan persoalan ini sebagai membuka ruang perbincangan mengenai perkara di atas. Cuma jika boleh saya nak minta jasa baik saudara untuk memindahkan persoalan ini secara berperingkat menjelaskan bahagian teknikal tersebut kerana saya jelaskan kembali bukan sahaja pihak moderate modernis islam kononnya di Malaysia yg melaungkan bahwa hanya wujud ayat sebat malah diserata dunia. Untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat islam umumnya saya harap permintaan ini dapat ditunaikan terima kasih.

JKK