October 2003

SJ - 3054 : malam lailatul qadar

:salam
saudara panel,
1. bagaimanakah perkiraan terhadap malam lailatul qadar itu? adakah lailatulqadar itu selepas tengah malam? atau adakah ianya bermula sejak dari matahari tenggelam sehingga waktu imsak? Adakah masa untuk beribadat utk mendapatkan pahala malam lailatul qadar itu terhad selepas tengah malam?

2) Benarkah perkara2 pelik yang dirasakan oleh seseroang itu petanda kepada berlakunya lailatul qadar itu (Byk cerita2 yg ana dengar, cth nya ketika itu dia merasa mengantuk sesangat, sampai tak larat nak bukak mata dll).

JKK

SJ - 3030 : [Z] Pada malam itu roh turun

:salam
Dari ustaz zayed:Mereka yg mati, tidak akan kembali ke dunia. Ini jumhur pendapat fuqaha dan tsabit dari Al-quran itu sendiri.

“…sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)” (Surah Al-mukminuun: ayat 100)

SJ - 3031: [Z] Bertugas sambil mengerjakan haji

:martialarAssalamualaikum sahabat sahabat & Ustaz Al-Ahkam semua,

Harap kalian semua mempunyai sedikit masa untuk menjawab soalan ana ini;

Rukun Islam yg ke 5 iaitu Mengerjakan Haji di Baitullah, Mekah, jika berkemampuan.

Soalannya:-

Apakah hukumnya mereka yg telah mengerjakan haji lebih dari sekali (ada hingga 6-7 kali) kerana bertugas dengan LTH atau syarikat pengurusan haji sedangkan jika dikira dr segi kemampuan (duit sendiri) sememangnya mereka ini tidak berkemampuan untuk kesana walaupun hanya sekali.

SJ - 3028 : Pergerakan Solat & 4 Unsur Alam

:martialarAssalamualaikum sahabat sahabat & Ustaz Ustaz Al-Ahkam semua,

Selalu juga ana mendengar orang bercerita tentang pergerakan Solat 5 waktu yang diperbandingkan (disamakan?) dengan 4 unsur alam iaitu:

1.Takbiratul ikhram - Api
2.Rokok - angin
3.Sujud - air
4.Duduk antara 2 sujud - Tanah

Harap ustaz ustaz semua dapat memberi penjelasan akan hal ini

:zTerima kasih

SJ - 3029 : Khutbah Conference

:salam

Memandangkan sekarang ini serba canggih, boleh ke Khutbah Jumaat diadakan secara video conferencing. Maklum lah, nak menyeragamkan isi khutbah dibeberapa masjid di satu daerah sbg satu contohnya. Contohnya ada 4 masjid, A B C dan D. Cuma masjid A yg baca khutbah dan masjid lain tgk dan dengar melalui VIDEO Conferencing.. boleh ke ustaz?

:bunga

SJ - 3036: [G] Budaya Suka Bertanya yg Melampau2

:salam

1. Soalan saya berbunyi begini.. Kita sedia maklum ada segolongan orang2 yg suka bertanya soalan2 yg melampau2 atau berlebih lebihan. Macam mana pendekatan kita utk org macam ni? Boleh tak ustaz jelaskan dan disertakan dalilnya?

2. Rukhsah puasa ada utk perempuan yg haid. Bagaimana pula kalau dia tetap mahu berpuasa? alasannya, zaman sekarang tak sama dgn zaman dulu kerna zaman skrg ada bnyk 'kemudahan'.

3. Benarkah pendapat yg mengatakan bahawa, jika diberikah rukhsah utk sesuatu tp kita tidak mennggunakannya akan menyebabkan kita berdosa?

JZK