October 2003

SJ - 3063: [A+G] Terbatal pahala berjemaah jika tidak rapat

Assalamualaikum,
1) Adakah terbatal pahala jema'ah (27 kali) jika para jema'ah tidak rapat hingga tersentuh bahu antara bahu org di sebelahnya. Maksud terbatal di sini adalah hanya mendapat pahala seperti solat bersendirian bukan pahala jemaah.
2) Jika jawapannya 'ya', pahala keseluruh jemaah (termasuk imam) yang akan terbatal atau hanya saf yg tidak rapat.
Wasalam

SJ - 3055 : Doa berbuka puasa

Assalamualaikum Warahmatullah

Saya ada satu kemusykilan ttg doa dan bida'ah.

Cuba perhatikan petikan dibawah;
"......

"Dari Anas, ia berkata : Adalah Nabi SAW : Apabila berbuka beliau mengucapkan : Bismillah, Allahumma Laka Shumtu Wa Alla Rizqika Aftartu (artinya : Dengan nama Allah, Ya Allah karena-Mu aku berbuka puasa dan atas rizqi dari-Mu aku berbuka).
(Riwayat : Thabrani di kitabnya Mu'jam Shogir hal 189 dan Mu'jam Auwshath).
Sanad hadits ini Lemah/Dlo'if

SJ - 3061: [A+Z] Fiqh & Fiqh Puasa

:salam

1. Apakah sebenarnya yg dimaksudkan dengan fiqh?

2. Salah satu drpd rukhsah puasa ialah kalau kita dalam musafir. Katakanlah Abu naik kapal terbang selama 10 jam semasa bulan puasa, boleh kah dia rukhsoh, kerana saya terbayang dlm kepala saya kalau cakap bermusafir tu naik unta dalam cuaca panas terik sedangkan kapal terbang duduk relex aja ? (musykil) :srug
Terima kasih

SJ - 3064: [F+Z] Kesilapan (fallacy) dlm pemikiran logik

:salam

Saya tak pasti, ni masuk bawah soalan feqah ke tidak. Apapun, soalan saya pasal logik2 sebegini...cuba dengar ye:

Bila dengar hadis pasal orang yg hanya dpt lapar dan dahaga bila puasa, dan dapat mengantuk je bila bangun tahajjud, difikirkan, "Baik tak payah puasa (puasa wajib) kalau dpt lapar dan dahaga je..baik tak payah bangun tahajjud kalau dapat mengantuk je..."

Bila dibaca maksud ayat Quran yg menerangkan betapa neraka Wail disediakan utk org2 yg solat, lantas difikirkan, "Baik tak yah solat. Orang yg solat pun masuk neraka."

SJ - 3052: Omega Trend (MLM)

:salam

pasal MLM gak... camne ngan omega trend, pasal berdaftar and hampir ngan system pyramid... pasal bonus dpt berdasarkan downline. n kita tak perlu jual barang, hanya maintain bonus point every month... pas tu memastikan downline buat benda yang sama.... yuran pun tinggi... nak kepastian jer...

SJ - 3053: Sambungan Hisab dan Rukyah

:salam

Terima kasih Ustaz Thtl. Namun jawapan yang diberi masih belum memuaskan hati. :smirk:

Sketsa 1: Senario di Malaysia
Malaysia berdasarkan hisab dan rukyah. Sekiranya hilal Ramadhan atau Syawal tidak kelihatan kerana faktor cuaca padahal mengikut hisab hilal itu tetap ada dan boleh nampak maka kiraan hisab boleh digunakan. Kenyataan ini selari dengan pendirian al-Ahkam. Kes ini selesai.