October 2003

SJ - 3048 : [Z] Puasa Enam.

:salam
Saya ingin mengetahui status hadis berikut:-

Barang siapa puasa Ramadhan,kemudian ia iringi enam hari dari Syawal,maka(pahalanya) itu (seperti) setahun.(HR Muslim)

Barang siapa puasa Ramadhan dan enam hari sesudah hari raya,adalah (yang demikian itu serupa puasa) sempurna setahun ; (kerana barang siapa mengerjakan kebaikan,maka ia dapat ganjaran sepuluh kali ganda).(HR Ibnu Majah)

Terima kasih.

SU - 00186 : [Z] Apakah yang dimaksudkan kemulian & sek

:martialarAssalamualaikum,

Rasulullah s.a.w bersabda:-

"Barang siapa menjaga solat, nescaya dimuliakan oleh Allah dengan 5 kemulian & barang siapa yang melalaikan atau melenggah lengahkan solat, nescaya Allah akan mengazabnya dengan 15 seksaan; 6 seksaan di dunia, 3 seksaan ketika mati, 3 seksaan ketika masuk liang kubur & 3 seksaan ketika bertemu dengan Tuhannya (akhirat)-
(Risalah As Sayyid Ahmad Dahlan) Hafidz al-Mundziri, terjemahan Kitab At Targhiib Wat Tarhiib.

SJ - 3104: Hadiri majlis kenduri/doa selamat

:salam
Wajarkah ana untuk tidak menghadiri majlis kenduri/doa selamat, jika si pemanggil itu tidak pernah datang atau berjama'ah atau bergotong royong @ sebarang aktiviti yg dianjurkan oleh j/kuasa masjid/surau utk faedah dan kebajikan anak kariah itu sendiri.

SJ - 3046: [JPN] Solat Jamak Qasar

Assalamualaikum.
Saya adalah seorang pelajar di Jepun. Universiti saya terletak jauh dari rumah (luar prefecture) dan terpaksa menaiki keretapi selama 1 jam. Soalan saya, adakah saya dikira musafir dan boleh menunaikan solat jamak qasar setiap hari? Untuk makluman, menunaikan solat secara biasa TIDAK menimbulkan masalah kepada saya dari segi kuliah dan tempat solat. Harap maklum balas. Jzkk.

SU-00212: Lagi bab Taharah

:salam
Saya mintak maaf kerana bertanya lagi soalan yang hampir serupa ini.
Di laluan ke tempat kerjakan). Kemuadian motosikal tersebut melalui lopak air (juga tidak dapat dielakkan). Soalan ialah mengenai percikan air, adakah dihukumkan mutanajjis ataupun umum balwa?
Terima kasih.
:wassalam :confused:

SU - 00185: [Z] Lafaz Takliq

Assalamualaikum,
Saya ingin mendapatkan penerangan mengenai lafaz takliq.Saya ingin memberi contoh seperti berikut :- `Jika kamu menelepon si Ahmad lagi, maka jatuh lah talak satu` dan soalan saya di sini..apabila si suami melafazkan lafaz ini perlukan ada saksi nikah atau saksi? Dan yg kedua nya, perlu kah lafaz ini dipersetujui oleh si isteri? Adakah lafaz takliq boleh di lafazkan di mana-mana? Harap pihak tuan dpt memberi penjelasan terhadap soalan saya.Saya dahului dgn ucapan terima kasih di atas kerjasama pihak tuan.
Wassalam.

SJ - 3042: [G] Hisab dan Rukyah (2)

:salam

Apakah yang paling hampir dengan maksud hadis Rasulullah s.a.w.(ketika menentukan permulaan bulan ibadat) diantara waktu berlaku ijtimak (baru berlaku) dengan kenampakan anak bulan?

Nota: Sekiranya ijtimak baru berlaku (nilai sudut penjauhan sekitar kurang dari 1 darjah) anak bulan wujud tetapi tidak mungkin kelihatan.

:wassalam