October 2003

SJ - 3015: Ayat-ayat yg mansuh dan memansuhkan

Assalamualaikum,

Dalam pengkajian serta penyusunan ayat al-quran specifically soalan saya kepada ayat yang menjatuhkan hukum rejam ke atas penzina yang mana ayat itu telah dimansuhkan bacaannya tetapi hukumnya tetap berdasarkan Rasullulah SAW tetap menjalankan hukum rejam di masa baginda.

SU-00164: Angkat Jari Telunjuk Ketika Tasyahud - Sampai Bil

:salam

Sedia dimaklumi (dari pembacaan di al-ahkam ini) bahawa jari telunjuk sunat diangkat semasa membaca tasyahud ketika sampai pada bacaan "illallah" dalam syahadah pertama.

Saya ingin bertanya, jika mengikut sunnah, sampai "bilakah" jari telunjuk itu sepatutnya diturunkan (i.e - adakah sampai salam, atau adakah ada had & batas bacaan tertentu)-- saya mohon penjelasan.

Terima kasih.

:wassalam

SJ - 2983: [G] Kalau Tak Mahu Dengar Bacaan al-Quran, Tutup

:salam

"Apabila al-Quran dibaca, hendaklah kamu dengar dengan khusyuk"... begitulah kalau tak silap saya "maksud" sepotong ayat al-Quran yang pernah saya terbaca.
Saya juga pernah mendengar orang mengatakan "lebih baik tutup TV ketika al-Quran dibacakan jika kamu tidak mahu mendengarnya dengan khyusuk (bukan kerana engkar), daripada kamu duduk bersembang (walhal al-Quran sedang dibacakan)."

Pertanyaan saya:

SJ - 2994: 1 ARWAH RM1.00

:salam

Kita sedia maklum bahawa Ramadhan al-mubarak akan menjelang tiba InsyaAllah, tak lama lagi. Masjid dan surau di tempat saya mula mengedarkan borang sumbangan untuk (a) morei; (b) majlis tahil arwah.

Soal morei, umum sedia maklum kerana sumbangan yang diminta bermaksud sebagai "sedekah?" untuk mereka yang bertarawikh makan-makan selepas "tarawih". Kelihatan seperti satu "kemestian" pada bulan Ramadhan, tetapi bagi saya ia lebih kepada "adat" Melayu belaka.