[Dunia Buku] Hadits-hadits Lemah & Palsu Tentang Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan

Oleh zain-ys

Tajuk asal buku ini ialah Hadits-hadits Lemah & Palsu dalam Kitab Durratun Nasihin (Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan).  Sebagaimana tertera pada tajuk, bahawa buku ini merupakan takhrij untuk beberapa bab dari buku yang cukup masyhur iaitu Durratun Nasihin. Bab yang dipilihnya adalah tentang kelebihan bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan.

Saya merasakan buku ini perlu dimiliki oleh setiap orang dari kita, kerana isinya memang bermanfaat dan harganya juga tidak membebankan. Ia cuma setebal 114 halaman. Menurut buku ini, ia adalah dari disertasi phd UKM penulisnya Dr Ahmad Lutfi Fathullah, MA.

Buku ini sekurang-kurangnya dapat dijadikan panduan asas dalam menerima atau menolak hadis-hadis berkaitan dengan fadhilat di sekitar bulan-bulan berkenaan.





Info Tambahan

Tajuk buku: Hadits-hadits Lemah & Palsu dalam Kitab Durratun Nasihin (Keutamaan Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan)
(Sebahagian Disertasi phD yang dikemukakan pada Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi)
Penulis:
Dr Ahmad Lutfi Fathullah, MA
Penerbit: Darus Sunnah Press, Jakarta
Edisi: Pertama , Okt 2004
Tebal: 138 ms ,

Buku ini menjelaskan tentang kualitas dan hukum hadits-hadits yang berkenaan dengan keutamaan bulan Rajab, Sya'ban dan Ramadhan dalam kitab Durratun Nashihin. Dalam studi takhrij hadits menyimpulkan bahwa banyak hadits-hadits dalam kitab tersebut yang dhaif (lemah) bahkan maudhu (palsu) yang tidak absah untuk dijadikan hujjah dalam beribadah. Namun demikian dalam fenomena masyarakat muslim khususnya di Indonesia kitab tersebut sangatlah masyhur dan dijadikan hujjah dalam pelaksanaan ibadah di kalangan mereka. Kehadiran buku ini mudah-mudahan dapat memberikan taushiyah kepada umat Islam didalam pengambilan dalil-dalil sebagai hujjah dalam pelaksanaan ibadahnya.



Bibliografi pengarang:
Dr Ahmad Lutfi, 41 tahun adalah graduan Ulum Hadits dari Universiti Damsyiq BA), Universitas Jordan (MA) dan PhD tahun 2000 di UKM Bangi. Tesis phDnya ialah mentakhreej (mengeluarkan) dan mentahqeeq (meneliti) hadith2 dalam kitab Durratun Nasihin. Tesis ini disempurnakan selama 3.5 tahun dan menggunakan library di lima negara (Turki, Syria, Jordan, Indonesia dan Malaysia)

Manakala kitab yg dicetak ini adalah sebahagian kecil sahaja dari tesis itu cuma meliputi takhreej dan tahqeeq hadits fadhilat Rejab, Sya'ban dan Ramadhan sahaja.



Anda boleh beli buku ini di sini: http://www.eashoppingcentre.com/webshaper/store/viewProd.asp?pkProductItem=229

Kategori Berita: