Ustaz Lazim Sha'im

Primary tabs

Oleh: zain-ys

Buku pertama bertajuk Hidayat al-Tullab Fi Kaifiyatil I'rab adalah antara buku awal yang saya gunakan sebagai rujukan untuk mengenal i'rob. Apa itu i'rob dan bagaimana cara untuk meng-i'rob kalimah-kalimah dalam ayat Arab.
Besar jasanya buat diri saya. Semoga Allah membalas pengarangnya dengan kebaikan sebagai ilmu yang memberi manfaat.

Pengarangnya ialah al-marhum Ustaz Muhammad Lazim Shaim, ketika itu sebagai Mudir Madrasah Arabiah Keluang. Beliau menulis kitab ini pada tahun 1973, manakala buku ini dibeli sebagaimana yang tertera pada catatan pada tahun 1989.

Selain dari buku ini, ustaz Lazim ada mengarang beberapa buku lagi yang berkaitan dengan pembelajaran Bahasa Arab. Antaranya ialah Kamus al-Muradifat Fil Lughah al-Arabiah Arabi - Malayu. Ia diterbitkan pada tahun 1983.

Sebuah lagi kitab karangan beliau ialah kitab Ta'lim al-Lughah al-Arabiyah: Semudah Jalan Belajar Bahasa Arab dan Nahu. Kitab ini adalah kitab yang mula-mula saya rujuk untuk belajar bahasa Arab kerana ia berbahasa Melayu.

Yang ada di tangan saya adalah cetakan yang ketujuh tanpa tahun. Pada mukadimah pengarang kitab, ia dikarang pada tahun 1949.

Agakan saya, kitab-kitab ini sudah tidak dicetak lagi. Dan kitab-kitab ini masih terus saya simpan mengenangkan besar jasanya kepada saya.

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan