SJ - 3067: [A] Lanjutan soalan naskh dan mansukh

Primary tabs

7 posts / 0 new
Last post
Anonymous (not verified)
SJ - 3067: [A] Lanjutan soalan naskh dan mansukh

Assalamualaikum,

Saudara thtl, thanks for the explanation. Saya utarakan persoalan ini sebagai membuka ruang perbincangan mengenai perkara di atas. Cuma jika boleh saya nak minta jasa baik saudara untuk memindahkan persoalan ini secara berperingkat menjelaskan bahagian teknikal tersebut kerana saya jelaskan kembali bukan sahaja pihak moderate modernis islam kononnya di Malaysia yg melaungkan bahwa hanya wujud ayat sebat malah diserata dunia. Untuk mengelakkan kekeliruan masyarakat islam umumnya saya harap permintaan ini dapat ditunaikan terima kasih.

JKK

aznanhamat (not verified)
Re: lanjutan soalan naskh dan mansukh

Nasakh

Pendahuluan

Jumhur ulamak sepakat hanya beberapa ayat sahaja yg terlibat dengan konsep nasikh dan mansukh. Contohnya perubahan iddah kematian suami dari setahun lamanya kepada 4 bulan 10 hari. (Surah Al-Baqarah ayat 240 di nasakhkan oleh Ayat 234 surah yg sama)

Pengertian

Nasakh menurut bahasa:

Penghapusan, berpindah dari suatu tempat, menukar dan mengubah.

Menurut Istilah:

1) Terhentinya sesuatu hukum syarak dengan ada dalil lain yg membatalkannya

2) Membatalkan sesuatu hukum dan amalan yg telah sedia ada dengan sesuatu hukum syarak, berdasarkan dalil dan nas yg tiba kemudian darinya.

3) Menurut Ibn al-Hajib al-Maliki, nasakh ialah menggantikan atau merubah hukum syarak dengan dalil yg turun kemudian. Di mana dalam nasakh terdapat dua nas yg turun tidak bersama. Nas yg turun terdahulu dinamakan dengan yg diganti atau mansukh dan nas yg turun kemundian disebut nasikh atau yg mengganti.

Syarat al-Nasakh

1)Hukum yg dinasakhkan mestilah hukum yg berbentuk amali dan bukan hukum akal yg telah tetap. Cth: Setiap yg hidup pasti mati. Ia tidak mungkin dpt dinasakhkan lagi.

2)Hukum yg dinasakhkan bukan hukum yg berbentuk menyeluruh atau kulli. Justeru itu al-Qawaid al-Kulliyyah serta apa yang disepakati oleh ulamak sudut kebaikan dan keburukan, spt: Amanah, adil, zalim, bohong dan lainnya tidak mungkin dapat dinasakhkan.

3)Hukum yg diganti turunnya lebih dahulu dpd pengganti.

4)Hukum yg digantikan sabit berdasarkan nas dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa-masa tertentu sahaja serta tidak dikekalkan berdasarkan nas. Jika begitu akan menimbulkan percanggahan, kerana yg menurunkan nas pengganti dan yg diganti atau nasikh dan mansukh adalah Allah.

Justeru itu ulama Fiqh sepakat Jihad tidak akan dinasakhkan. Sebagaimana sabda Baginda riwayat Anas bin Malik yg bermaksud:

"Jihad itu berlangsung sejak daku diutuskan hingga orang terakhir dikalangan umatku membunuh Dajjal."

(Abu Daud, al-Jihad, 2170)

5) Hukum yg diganti hendaklah berkenaan dengan mereka yg mempunyai keahlian taklif. Disamping itu menasakhkan hukum sebelumnya.

6)Hendaklah pengganti adalah khitab daripada Allah yg kedudukannya adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yang dinasakhkan sudut kekuatan sabit dan dilalahnya (petunjuknya).

7)Jelas berlaku pertentangan antara kedua dalil, iaitu al-Nasikh dan al-Mansukh benar-benar tidak dapat dicantumkan. Seandainya kedua-dua nas itu masih dapat dikompromikan dengan pelbagai cara yg memungkinkan, spt: ta'wil, nas tersebut tidak dpat dinasakh.

Menurut pendapat Imam al-Syafi'i dan imam Ahmad, hukum yang menasakhkan adalah bertentangan dengan hukum yang dinasakhkan ataupun ia berlawanan denganya tetapi sama sudut jenis.

8) Apa yg digantikan hendaklah terhadap hukum syarak yg mungkin berlaku di Nasakh, spt: Hukum furu'. Seterusnya kaedah al-Nasakh mestilah berdasarkan syarak dan berlaku sewaktu hayat Baginda.

Rujukan Utama:

Ustaz Ab. Latif B. Muda, Ustazah Rosmawati Ali @ Mat Zin, Perbahasan Usul Al-Ahkam, Rujukan Pengajian Syariah, Kuala Lumpur, Pustaka Salam, Cetakan 1 Jun 2001, m/s 392-394)

Rujukan Asal:

1) Abdul Karim Zaidan, al-Wajiz Fi Usul al-Fiqh, m/s 388,390

2)Badran Abu al-Aynayn Badran, Usul al-Fiqh al-Islami, m/s 443 dan 444

3)Wahbah al-Zuhaili Usul al-Fiqh al-Islami, Juz 2, m/s 934 dan 935.

4) Hamad 'Ubaid al-Kabisy, Usul al-Ahkam wa Turuq al-Istinbat Fi al- Tasyriq al-Islami m/s 3567-358

aznanhamat (not verified)
HUKUMAN REJAM TELAH DINASAKHKAN??.

HUKUMAN REJAM TELAH DINASAKHKAN??.

1. Dalil mereka yang utama adalah lafaz atau ayat yang menyatakan hukum rejam di dalam Al-Quran telah dinasakhkan. Hadith berkenaan ayat quran yang ternasakh ini terdapat di dalam Hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim.

Munaqasyah dalil ini:

- Imam An-Nawawi menyebut : telah datang ayat yang menyatakan hukuman rejam iaitu Firman Allah SWT:

((ÇáÔíÎ æÇáÔíÎÉ ÅÐÇ ÒäíÇ ÝÇÑÌãæåãÇ ÇáÈÊÉ äßÇáÇ ãä Çááå æÇááå ÚÒíÒ Íßíã))

Mafhum : "Lelaki tua (telah berkahwin) dan perempuan tua apabila berzina hendaklah kamu rejam ia secara past sebagai hukuman dari Allah, dan Allah maha ‘aziz lagi hakim"

Saidina Umar ra sebagaimana yang terdpt di dalam shohih Bukhari dan Muslim menyebut :

"Åä Çááå ÞÏ ÈÚË ãÍãÏÇð ÈÇáÍÞ, æÃäÒá Úáíå ÇáßÊÇÈ, ÝßÇä ããÇ ÃäÒá Úáíå ÃíÉ ÇáÑÌã, ÝÞÑÃäÇåÇ ææÚíäÇåÇ æÚÞáäÇåÇ, ÝÑÌã ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã æÑÌãäÇ ÈÚÏå, ÝÃÎÔì Åä ØÇá ÈÇáäÇÓ ÒãÇä, Ãä íÞæá ÞÇÆá : ãÇ äÌÏ ÇáÑÌã Ýí ßÊÇÈ Çááå, ÝíÖáæÇ ÈÊÑß ÝÑíÖÉ ÃäÒáåÇ Çááå, æÅä ÇáÑÌã ÍÞ Ýí ßÊÇÈ Çááå ÍÞ Úáì ãä Òäì ÅÐÇ ÃÍÕä, ãä ÇáÑÌÇá æÇáäÓÇÁ.."

Mafhum : Sesungguhnya Allah telah membangkitkan Muhammad secara benar, dan diturunkan kepadanya Quran, dan antara yang telah diturunkan kpdnya adalah ayat berkenaan hukum rejam, maka kami (sahabat) telah membacanya, menyedarinya dan memikirkannya, maka Rasul sendiri telah merejam (penzina) dan kami juga merejamnya selepas itu, maka aku bimbang sekiranya berlalu zaman, akan timbul mereka yg berkata : Kami tidak dapati hukum rejam di dalam Kitab Allah, maka jadilah mereka sesat dgn meninggalkan kefardhuan yang diturunkan Allah, sesungguhnya rejam adalah haq dalam kitab Allah, (dikenakan) bg penzina muhson dari kalangan lelaki dan perempuan.." ( Riwayat Buhkhari hadith no 6829 dan 6830, Kitab al-Hudud dan juga bab2 lain; Muslim no 4394 ; Abu Daud 4418; at-Tirmidzi 1432; Ibn Majah 2553; Tuhfatul asyraf, Imam al-Mizzi 10508)

Imam an-Nawawi menghuraikan athar ini menyatakan bahawa memang ayat rejam telah dimansukhkan, tetapi hanya dimansukhkan pada LAFAZNYA SAHAJA, MANAKALA HUKUMNYA TETAP KEKAL. Maka kisah Umar ini, yang mana beliau menaiki mimbar lalu berucap di hadapan para sahabat tanpa ada sahabat lain mengingkarinya, ini adalah dalil jelas thabit ijma’ sahabat terhdp hukuman rejam, walaupun lafaz ayat telah dinasakhkan. Malah Imam Nawawi menyatakan, Umar telah dapat melihat menjangka akan ada kumpulan yang mengingkari rejam samada secara karamah ataupun dari Rasululah sendiri.( al-Minhaj Syarh Muslim, hlm 192).

http://www.pemudapas.net/tazkirah/020623/rejam.htm

aznanhamat (not verified)
Kenapa Surah an-Nur yang mengandungi hukuman lengkap bagi pe

2. Surah an-Nur yang mengandungi hukuman lengkap bagi penzina tidak menyebut hukuman rejam.

Bagi membincangkan dalil kedua mereka ini, maka dua perkara ini perlu diketahui:

1)Adakah hukuman rejam di jalankan oleh Nabi selepas turunnya surah Nur atau sebelum??

2)Adakah khusus Hadith mengtakhsiskan umum ayat?

3)Atau umum ayat menasakh semua hukum terhdp penzina di dalam hadith?

Jawapan A.

Soalan ini telah diutarakan sejak zaman Tabien lagi, antara yg menyoal adalah Abu Ishak As-Syabani. Hal ini terdapat dalam shohih Bukhari. As-Syabani telah bertanya kepada Abdullah Bin Abi Awfa tentang perkara ini, tetapi dijawab : "aku tidak tahu".

Bagaimanapun, para ahli hadith telah menjawab persoalan ini, dan mentaqrirkan bahawa hadith2 berkaitan rejam dilaksanakan selepas turun surah an-Nur. Justeru, keraguan tentang surah an-nur menasakhkan hadith adalah tidak berlaku. Tindakan dan kalam Saidina Umar ra dijadikan sbg hujjah utama bhw hukuman rejam tidak dinasakhkan, begitu juga Saidina Ali ra.

Surah an-Nur diturunkan tahun 4 atau 5 atau 6 Hijrah.

Manakala antara perawi hadith rejam adalah Abu Hurairah dan Ibn Abbas, yang mana Abu Hurairah berada di Madinah hanya pada thn 7 H, dan Ibn Abbas tiba bersama Ibunya pd 9 H. Lalu dari sudut tarikh juga, menguatkan pandangan ahli hadith. (lihat al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, Imam Nawawi, yang dilengkapkan oleh al-syeikh Najib Mutaie as-Syafie, Dar ihya at-Turath al-arabi, Jld 22, ms 28)

Jawapan B

Menurut ulama’ Usul Feqh dari jumhur mazhab, sesungghunya lafaz ‘am tidak menasakhkan lafaz khas, malah lafaz Khas yang terlebih layak menasakhkan ‘am, walaupun lafaz khas itu terdahulu datangnya daripada lafaz ‘am.

Justeru, lafaz umum hukuman penzina dalam surah an-Nur yang menyebut sebatan tanpa rejam adalah ‘am, krn tidak mengkhususkan samada muhson atau tidak. Manakala hadith2 yg thabit pula bersifat khusus, iaitu menyebut hukuman khusus terhdp penzina muhson. Maka khas akan mentakhsiskan ‘am ayat tadi. ( al-Majmu’, sumber dan ms yg sama)

Kesimpulannya : Jadilah ayat surah Nur hanya ditujukan kpd penzina bukan muhson manakala hukuman penzina muhson thabit dari hadith dan ayat quran yang dinasakhkan lafaznya dengan mengekalkan hukumnya.

Bagaimanapun, Imam al-Alusi mentarjihkan bahawa adalah lebih tepat kiranya mentahibitkan hukuman rejam melalui hadith yang thabit dan bukan ayat al-Quran yang telah dimansukhkan lafaznya serta tidak qat’ie thubutnya ia. Beliau lebih senang berdalilkan tindakan Saidina Ali yang menyatakan dengan jelas, rejam thabit dgn sunnah. (lihat Ruh al-Ma’ani, ms 80) .Tindakan Saidina ali akan dijelaskan di bawah.

3. Dalil ketiga mereka adalah hukuman rejam tidak disebut di dalam al-Quran.

Inilah yang dibimbangi oleh Saidina Umar sbgmn disebut tadi. Dalil ini berkaitan rapat dgn dalil pertama mereka tadi. Secara mudah, tidak semua yang tidak terdpt di dalam al-Quran tidak menjadi hukuman! Seperti ibadah haji secara lengkap, solat dll. Bukankah Nabi itu sebagai pentafsir ayat dan penerang.

http://www.pemudapas.net/tazkirah/020623/rejam.htm

aznanhamat (not verified)
HUJJAH PARA JUMHUR TERHADAP HUKUMAN REJAM

Bagi menjawab keraguan ini cukup sekadar membawakan hujjah para jumhur dalam hal ini. Ia seperti berikut:

HUJJAH PARA JUMHUR TERHADAP HUKUMAN REJAM.

1. Hadith pertama adalah :

Úä ÚÈÇÏÉ ÅÈä ÇáÕÇãÊ : "ÇáËíÈ ÈÇáËíÈ ÌáÏ ãÇÆÉ æÇáÑÌã, æÇáÈßÑ ÈÇáÈßÑ ÌáÏ ãÇÆÉ æÊÛÑíÈ ÚÇã" (ÑæÇå ãÓáã , ÇáÊÑãÐí, ÃÈæ ÏÇÄÏ)

Mafhum : Penzina muhson dgn uhson sebatan 100 kali dan rejam, manakala dara dgn dara sebatan 100 dan buang negeri selama 1 tahun"

(Riwayat Muslim dalam shohihnya (1690), At-Tirmidzi (1434), Abu Daud (4415) dan (4416) dari hadith ‘Ubadah Bin al-Somit)

2. Terdapat juga dalam shohih Bukhari dan Muslim secara bersama hadith yang menyebut perihal hukuman rejam iaitu :

Úä ÅÈí åÑíÑÉ æ ÒíÏ Èä ÎÇáÏ"...æÇÛÏ íÇ ÃäíÓ Úáì ÇãÑÃÉ åÐÇ, ÝÇÓÃáåÇ ÝÅä ÇÚÊÑÝÊ ÝÇÑÌãåÇ, ÝÇÚÊÑÝÊ ÝÑÌãåÇ" ( ÑæÇå ÇáÈÎÇÑí æãÓáã æãÇáß æÇáÊÑãÐí æÃÈæ ÏÇÄÏ æÇáäÓÇÆí æÅÈä ãÇÌå æÇáÏÇÑãí )

Mafhum : "…pergilah kpd wanita tersebut sekiranya ia mengaku maka rejamlah, lalu si wanita tersebut mengaku maka ia telah direjam"

( al-Bukhari 12/121; Muslim (1697), (1698); Malik (2/822);Tirmidzi (1433); Abu Daud (4445); An-Nasaie (8/240, 241); Ibn Majah (2549); Ad-Darimi (2/177) semuanya dari hadith Abu Hurairah dan Zaid Bin Khalid al-Jahni)

Banyak lagi hadith yang menyebut perkara hukuman rejam, yang diambil dari Abu Bakar as-siddiq, Ibn Abbas, Buraidah, Abu Hurairah, Ubadah as-Somit, Jabir bin Abdullah, Jabir bin Samrah, Asy-Sya’bi.

3. Hadith Ubadah bin somit yang menyebut perihal hukuman rejam bg penzina muhson :

Úä ÚÈÇÏÉ ÃÈä ÇáÕÇãÊ ÞÇá : ÞÇá ÑÓæá Çááå Õáì Çááå Úáíå æÓáã "ÎÐæÇ Úäí ÞÏ ÌÚá Çááå áåä ÓÈíáÇð ÇáËíÈ ÈÇáËíÈ ÌáÏ ãÇÆÉ æÑãíÇ ÈÇáÍÌÇÑÉ æÇáÈßÑ ÌáÏ ãÇÆÉ æäÝí ÓäÉ" ) ÑæÇå ÃÈæ ÏÇÄÏ)

Perbincangan kekuatan hadith dalil jumhur :

Hadith Jabir bin Abdullah, tidak diulas (ÓßÊ Úäå)oleh Abu Daud dan al-Munziri, maka ianya sah dijadikan hujjah menurut ahli hadith, Abu Daud mengeluarkan hadith ini dari dua jalan perawi yang mana perawi2nya thiqah dan shohih, dikeluarkan oleh An-Nasaie juga.

Hadith Jabir bin Samrah pula dikeluarkan juga oleh Imam al-Baihaqi (wafat 450 H) dalam Sunan al-Kubra miliknya. Al-Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqolani juga mengeluarkan hadith ini dalam kitabnya Talkhis al-Khobir, beliau tidak mengkritik pun hadith2 ini. Begitu juga dikeluarkan oleh al-Hafiz al-Bazzar dlm Musnadnya, dan berkata Imam Ibn Hajar al-Hathami dlm Majma’ al-Zawaid, isnad hadithnya thiqat.

(Sila Lihat Nailul Awtar, Bab Hudud ke atas Zina). Hadith2 ini juga diriwayatkan oleh at-Tabrani, Abu Ya’la al-Mausili. Hadith berkenaan Maiz bin Malik yang direjam pula diambil dari Abu Bakar as-Siddiq dan Buraidah.

4. Ijma’ para sahabat.

Tindakan saidina Ali direstui oleh para sahabat. Maka ia menjadi ijma’. Bagaimana pula ada individu boleh menyatakan ijmak ini ternasakah, apakah yg menasakhkan hadith yang thabit dan ijmak para sahabat, setelah kewafatan Nabi saw dan berlalu 3 kurun pertama yang dipenuhi individu terbaik.

5. Menurut Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli, dalil ‘aqli adalah:

"Menurut aqal adalah layak bagi penzina muhson dengan hukuman rejam ini, krn ia adalah amalan yang tersangat buruk, maka layak untuk menerima hukuman terburuk di dunia"

( al-Feqh al-Islami wa-adillatuhu, cet ke 4, Darul Fikr, jld 7, ms 5365)

Ulama’ telah bersepakat bahawa hukuman penzina muhson adalah dengan dalil yang thabit dari Hadith yang mutawatir, Ijma’d an menurut dalil aqal.

(sila rujuk al-Mabsut, Sarakhsi 9/37; Mughni al-Muhtaj, Khatib Syarbini 4/146; Fath al-Qadir, Ibn Hummam 4/121; al-Muntaqa ala al-Muwattak, 7/132)

Berkata Imam An-Nawawi as-Syafie (wafat 676 H- kitab beliau merupakan sumber yang paling muktamad dalam mazhab syafie selain Imam Ar-Rafie kitabnya ‘fathul aziz’, Ibn Hajar al-Hathami kitabnya ‘Tuhfah al-Muhtaj’ dan Shihabuddin ar-Ramli kitabnya ‘Nihayatul Muhtaj’) :

"Ulama’ telah ijma’ dalam menyatakan wajib sebat penzina yang belum kahwin (bukan muhson) dengan 100 sebatan dan rejam penzina muhson iaitu janda atau sesiapa yang telah berkahwin. Tidak ada sesiapa yang bercanggah dalam hukuman had bagi penzina ini dari kalangan ahli qiblat (umat Islam) kecuali apa yang disebutkan oleh al-Qadhi Iyadh al-Maliki :

" Kumpulan Khawarij, sebahagian kumpulan Muktazilah dan kumpulan an-Nazzom, mereka tidak berpandangan rejam."

(al-Minhaj syarah Shohih Muslim, Darul Makrifah, Beirut, Jld 11, ms 189, Hadtih Bab al-Hudud, tajuk Had al-Zina)

Imam Ibn Qayyim al-Hanbali dalam Zadul Ma’ad menyatakan

" Sesungguhnya seorang muhson yang merdeka apabila berzina samada dengan seorg hamba atau seorang merdeka maka hukum hudud keatasnya adalah rejam"

(Lihat Zadul Ma’ad, Jld 5, Muassah ar-risalah, cetakan 3, thn 2001, ms 30)

Tidak sah sesiapa yang berhujjah menyatakan hukuman rejam dinasakhkan atau tidak difardhukan hanya dengan dalil "ia tidak disebut di dalam al-Quran atau mereka yang tidak menerima thabit hadith" , bahkan hadith yang menyebut tentang hukuman rejam, mutawatir pada maknanya, serta diamalkan oleh Saidina Ali kw. Ia juga disebut oleh Saidina Umar ra di atas mimbar

(rujuk shohih Muslim, Bab Had Zina Muhson)

Adakah beliau dan para sahabat disekelilingnya salah atau tidak sedar berkenaan hadith ternasakh atau hukum rejam tidak thabit??!. Jelas dakyah ini tertolak.

http://www.pemudapas.net/tazkirah/020623/rejam.htm

aznanhamat (not verified)
Kumpulan yang tidak menyetujui rejam

Kumpulan yang tidak menyetujui rejam

Imam Syawkani menyebut :

"Kumpulan Khawarij tidak menyetujui rejam kerana hukuman rejam tidak disebut di dalam al-Quran, lalu mereka menyatakan rejam tidak wajib,"

Syawkani menyatakan pandangnnya:

"ÃãÇ ÇáÑÌã Ýåæ ãÍãÚ Úáíå, æÍßì Ýí ÇáÈÍÑ Úä ÇáÎæÇÑÌ Ãäå ÛíÑ æÇÌÈ, æßÐáß ÍßÇå Úäåã ÃíÖÇð ÃÈä ÇáÚÑÈí, æÍßÇå ÃíÖÇð Úä ÈÚÖ ÇáãÚÊÒáÉ ßÇáäÙÇã æÃÕÍÇÈå, æáÇ ãÓÊäÏ áåã ÅáÇ Ãäå áã íÐßÑ Ýí ÇáÞÑÂä, æåÐÇ ÈÇØá, ÝÅäå ËÈÊ ÈÇáÓäÉ ÇáãÊæÇÊÑÉ ÇáãÌãÚ ÚáíåÇ"

Mafhum :

"Adapun rejam, ia telah diijmakkan, diberitakan bahwa Khawarij mengatakan ia tidak wajib, demikian juga Ibn arabi, sebahagian muktazilah seperti kumpulan an-nazzam, mereka tiada sandaran dalil kecuali mengatakan rejam tidak disebut di dlm quran.

INI ADALAH BATHIL, SESUNGGUHNYA IA (REJAM) THABIT DGN SUNNAH YANG MUTAWATIR YANG DIIJMA’KAN"

Kumpulan ini (yang tidak berpandangan rejam terhdp penzina muhson) juga disebut dalam sumber berikut :

Ruh al-Ma’ani, al-Alusi Juz 17, Dar ihya’ at-Turath al-arabi, ms 79 dalam tafsir surah an-Nur ayat berkenaan penzina); al-Minhaj syarh Shohih Muslim, Imam an-Nawawi ; Nailul Awtar, As-Syawkani ; al-Muhazzab, Imam As-Syraizi as-Syafie, lihat kitab al-hudud )

Syeikh az-Zaila’ie yang bermazhab hanafi pula dalam kitabnya Tabyin al-Haqaiq fi syarh kanz ad-Daqaiq, jld 3, dar al-Makrifah cet kedua slps bulaq, ms 210) menyebut:

"Ëã ÍÏ ÇáÒäÇ áÃäå ËÇÈÊ ÈÇáßÊÇÈ æÍÏ ÇáÔÑÈ ËÇÈÊ ÈÞæá ÇáÕÍÇÈÉ...æáåÐÇ ÔÑÚ Ýíå ÇáÑÌã ÈÎáÇÝ ÔÑÈ ÇáÎãÑ.."

Mafhumnya : "kemudian had ke atas penzina, ianya thabit dengan al-Quran, manakala had minum arak thabit dengan perkataan sahabat…oleh kerana itu, disyariatkan pada zina itu hukuman rejam, tidak seperti hukuman minum arak".

Bagaimana mungkin diambil kalam menolak hukum rejam atau menolak nama hudud ke atas hukuman rejam, lalu disandarkan kpd Az-Zailaie atau Syawkani atau Alusi??.

Dalam tafsir Ruh al-Ma’ani..Alusi hanya membawakan kalam kahwarij yang menolak rejam, ia bukan kalamnya.

Kiranya benar Hashim Kamali yang mengambil kalam Imam As-Syawkani (wafat 1255 H) dalam kitabnya Nailul Awtar maka ia adalah tidak haq. Sila rujuk Nailul Awtar dalam Kitabul Hudud dalam mana-mana cetakan kitab tersebut.

Syawkani menyebut :

"ÃãÇ ÇáÑÌã Ýåæ ãÌãÚ Úáíå"

"Sesungguhnya rejam, maka ia telah diijma’ tentangnya"

(lihat nailul awtar, kitab hudud, bab had zina, dlm semua cetakan)

Begitu juga apa yang dinaqal dari kalam Imam Aluusi dalam Ruh al-Ma’ani.

Re: SJ - 3067: [A] Lanjutan soalan naskh dan mansukh

:wassalam
Tas-hih
Kita berterimakasih kerana bintang Ahkam dari Negara Matahari Terbit menyalurkan ilmu yg panjanglebar dalam bab Nasikh Mansukh. Semuga anda berpuashati.