April 2006

SJ-07-0030 : bacaan terhadap si mati...

:salam

sesape dikalangan panel fiqh yg penah bace buku karangan dr zulkifli al bakri(hukum bacaan al-quran pada si mati:adakah sampai pahalanya?) tolong le jawab soalan ana....dalam buku tu,die tulis pendapat bahawa pahala sampai kepada si mati adalah drpd mazhab hanafi,maliki,hanbali....ulama spt an-nawawi,al-subki,al-suyuti,ibn al-solah,ibn taimiyyah,ibn qayyim,abdul rahman al-jaziri,wahbah al-zuhaili,al-buti.....ramai lagi...betul ke????

SJ-13-0175 : Dalil bahasa arab diakhirat

Assalammualaikum,

Ana selalu dengar ustaz2 bagi kuliah kata bahasa akhirat kelak guna bahasa arab. Ada ke dalil dan nas yang menyokong pernyataan ini. Selalu dgr tp tak tau dalil pun tak syok jugak.

Terima kasih didahulukan kepada panel al-ahkam.

Wassalam.

SJ-07-0031 :Mana lebih afdhal baca doa ke atau solat sunat??

Tuan,

selepas solat jemaah misal nya solat maghrib atau solat isyak,mana yg

menurut sunnah berzikir / berdoa dulu ke atau buat solat sunat rawatib??

pasal menurut fahaman ana,zaman sahabat akan dulukan solat

sunat.

SJ-11-0070 : transaksi dlm masjid

assalamualikum.
apa hukumnya kita melakukan transaksi dlm masjid?
mg lepas saya nak bayar duit buku yg saya beli dari kawan saya dlm masjid, tapi dia taknak terima.dia cakap kalo nak bayar jom keluar masjid.dia cakap tak baik berjual beli dlm msajid.jd saya pn ikut le..masalahnya ape bezanya, kalo pembayaran tu kita buat dalam masjid dgn pintu luar masjid(dekat tangga nak masuk masjid)
ada nas atau dalil ke yg melarang kita bayo dlm masjid??

SJ-11-0066 :pelaburan dlm swiss cash oleh swiss mutual fund

:salam
saya yahya, ingin bertanya hukum menyertai pelaburan dalam swisscash yg dianjurkan oleh swiss mutual fund, di mana pelaburan seminima USD100 akan mendapat pulangan 300% dalam masa 15 bulan sahaja. yang menjadikan persoalan ialah
1.apakah hukum pelaburan ini ? (itupun jika pihak tuan dah buat kajian terlebih dahulu!)
2.jika tiada jawapan-apakah asas untuk menentukan samada pelaburan ini adalah halal atau sebaliknya?
3.jika ada keraguan, apakah ianya dalam bentuk menentukan ianya berunsur riba atau perjudian atau sebagainya...

SJ-09-0004 : Haji tamatuk atau ifrad - yg mana nak dipilih?

A'kum ust,soalan saya begini :

Dalam keadaan bagaimana kita hendak tahu samada diri sesuai buat haji tamatuk atau ifrad? Adakah semua jemaah dalam satu penerbangan yang sama akan lakukan jenis haji yg sama juga atau masing-masing memilih ikut kesesuaian?

sekian, assalamualaikum.

SJ-13-0179 : Murtad

Assalamualaikum wbt,
Seorang isteri yang suaminya sudah mengaku murtad dengan kembali kepada agama asalnya. Apakah ini juga dianggap perceraian? Sekiranya begitu, bagaimanakah pula perkiraan iddahnya? Dan andaikata isterinya itu sedang mengandung, apakah status anak dalam kandungannya itu? Haruskah di'bin' atau di'bintikan dengan nama suaminya atau dengan nama lain?