April 2006

SJ-01-0059 : Tawassul dgn org mati.

Assalamualaikum,

Saya minta maaf jika soalan saya ini tidak sesuai dalam bahagian Feqh ini. Saya ingin tahu hukum tawassul dengan org soleh yg telah meninggal dunia. Apakah hukumnya dan boleh tak ahli-ahli panel memberi dalil-dalil yang menyokong pendapat itu. Terima Kasih.

Wassalam

SJ-05-0131 : Pergerakkan jari telunjuk di waktu tasyahud

:salam

ana ingin bertanya tentang kaedah pergerakkan jari telunjuk di waktu tasyahud di dalam solat..Ana seorang insan yang mengamalkannya maka dengan kedaifan yang ada, apabila sahabat ana bertanya tentang kesahihannya maka amat sukar untuk berbicara.boleh ustaz datangkan dalil yang menyokong perbuatan ini dan adakah jika mengerakkan jari dikira bersalahan dengan mazhab syafie...?

manakah yang lebih kuat dalam pendapat ini...?manakah yang lebih dekat dengan perbuatan Nabi....?

Wslm

SJ-05-0128 : sujud lama-lama

Ana ade kemusykilan tentang sujud, boleh ke makmum dlm sujud lama2 atas tujuan ingin dapat barakah untuk berdoa ketika dalam sujud terakhir , tetapi kondisinya sedang solat berjemaah bersama imam, sampai2 imam dah beri salam baru makmum tu bangun dari sujud, adakah perbuatan ini menjejaskan pahala solat berjemaah atau adakah perbuatan ini iaitu sujud lama2 wajar kita lakukan ketika solat berjemaah ataupun ade had masa untuk kita sujud dan berdoa dlm sujud terakhir sekalipun sedang solat berjemaah?

SJ-05-0139 : Solat berjemaah dlm hotel di haramain

:salam

Ada jemaah haji berkata boleh solat berjemaah di dalam bilik hotel dan berimamkan imam yang solat di masjidil haram...cth wanita yang uzur/tua...atau wanita yang mempunyai anak kecil yang sukar dia tinggalkan...

Boleh ke solat berjemaah di dalam bilik hotel sekitar mekah dan madinah tanpa pergi ke masjidil haram dan nabawi walaupun berdekatan???boleh sertakan dalil2 dia tak....

:wassalam dan jazakallah...

SJ-14-0002 : Syarah Hadis mengenai wasiat

Assalammualaikum
Wasiat Rasulullah saw.

Dari Thalhah bin Musharrif r.a katanya “Aku bertanya kepada Abdullah bin Abi Aufa”Adakah Rasulullah saw berwasiat? Jawabnya “Tidak” Tanyaku”Kenapa kaum muslimin diwajibkan berwasiat?” Jawab”Baginda berwasiat dengan Kitabullah ‘Azza wa Jalla (Al Quran)

Dari Aisyah r.a katanya “Rasulullah saw tidak meninggalkan harta warisan, walaupun agak sedinar, atau sedirham, tidak pula kambing, tidak pula unta, dan beliau tidak pula berwasiat sesuatu apa pun”

SJ-12-0118 : berkenaan sunat bagi perempuan

assalamualaikum
saya ada lihat satu petikan video perbincgn mengenai sunat bagi perempuan.Oleh kerana ia berbentuk forum jadi ada pro dan kontra.xtau mana satu betul walaupun rasanya syeik al-azhar ru yang betul.Jadi ingin meminta penjelasan la mengenai sunat ni.

http://switch3.castup.net/cunet/gm.asp?ai=214&ar=1090wmv&ak=null

SJ-13-0172 : USRAH NI SUNNAH NABI KE??

tuan,

usrah ini sunnah nabi ke atau sunnah as- syahid hasan al-banna?

ramai gak tanya soalan ni terutama ye jemaah tabligh. diaorang sentiasa

pandang lekeh dgn usaha usrah yg dilajukan oleh jim,abim,parti kaler

hijau dll.

hadis marfuk tu hadis ape??[kalau boleh adakah ianya hadis sahih]