Ramadhan: Mengeluarkan Mani Dengan Sengaja.. Batalkah Puasa?

Primary tabs

Panel Feqh al-ahkam.net Ustaz Abu Umair ketika menjawab soalan ini berkata:
- Hendaklah disedari bahawa perbuatan tersebut adalah haram, dan lebih dahsyat haramnya pada bulan Ramadhan kerana mencemarkan bulan yang mulia dengan maksiat.
- Maka hendaklah bertaubat daripada dosa tersebut, dan daripada dosa mencemarkan Ramadhan dengan maksiat kepada Allah.
- Dari sudut puasanya, jumhur ulama mengatakan batal puasa dengan perbuatan onani. Iaitu Hanafi, Maliki, Syafie dan Hanbali. Maka hendaklah diqadha'kan selepas Ramadhan.

Rujukan:
- Majmuk Fatawa Ibn Taimiyyah 15/267
- Syarh Mumti' 6/234-235

Link asal jawapan di atas boleh dicapai di sini: http://al-ahkam.net/forum09/viewtopic.php?f=99&t=38607