June 2006

SJ-12-0125 Bertudung labuh tapi tetap nak cantik, ape hukum.

:salam

Saya ade kemusykilan sedikit tentang aurat wanita, seperti yg kita ketahui aurat wanita seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Tapi bagaimana pula yg dah tutup aurat tapi masih nak kelihatan cantik. Dengan memakai baju yg berwarna warni contoh baju kurung dan sebagainya. Tudung yg berfesyen dan sebagainya.

Sesiapa boleh huraikan demi kepentingan bersama.

Terima kasih

SJ-14-0011 : TALFIQ DLM BACAAN AL QURAN,BOLEHKE???

Tuan,

1]kenapa ade 7 qiraat al quran,ade dalil ke yg membolehkan yg mana satu puak baca qiraat A dan puak yg lain baca qiraat B.bukan kah ini pepecahan umat islam yg sama isunya macam org yg taksub mazhab??

2]adekah sanad bacaan oleh 7 qiraat yg popular ini telah ditakhrij oleh periwayat hadis yg tsiqoh??kalau ye di mana matannya??

SJ-05-0147 : SOLAT ISTIKHARAH ???

TUAN,
ade satu utz kat sini kata solat istikharah tu xde petunjuk sunnah.
di tanyakan dalil .dia X JAWAP.
malah dia kata ana mesti ikut ape yg dia cakap.
ana rasa kecik hati bila ,bila jemaah lain kate ana kurang ajar.
xpela.
yg penting kalau solat istikharah tu xde petunjuk sunnah,ana harap
panel2 al-ahkam boleh sertakan dalil.

yg benar,
ISLAMUNTUKSEMUA

Siapa Yang Layak Digelar Pakar Hadith?

Oleh alitantawi

Sejak saya mula mengenali hadith (SPM ada subjek Al Quran Sunnah) sampailah ke peringkat belajar hadith di universiti secara formal atau tidak, saya sering tertanya, siapakah yang benar-benar layak digelar ahli hadith/pakar hadith/muhaddith? Orang yang banyak hafal hadith? Orang yang hafal matan mustolah hadith (kaedah-kaedah kajian hadith)? Orang yang banyak beli buku hadith? Orang yang banyak tulis buku hadith? Orang yang boleh check setiap hadith sahih atau tidak? Orang yang banyak beramal dengan hadith? Orang yang mampu membaca kitab-kitab hadith dalam Bahasa Arab? Orang yang hafal nama buku-buku hadith? Dan sebagainya…

Bila melihat ulama-ulama silam, boleh dikatakan semuanya pakar hadith. Tapi siapa lebih hebat? Al Bukhari? Ibn Hajar?

Bila melihat ulama-ulama moden, siapa pula yang boleh digelar pakar? Al Albani? Abu Ghuddah? Al Ghumari?

SJ-09-0005 : Q: Umrah berkali-kali semasa Haji

Assalammualaikum,

Saya nak minta penjelasan mengenai amalan melakukan umrah berkali-kali yang lakukan oleh orang Melayu (rasanya orang Melayu aje!) ketika melakukan haji. Ada yang bertenaga & wang sampai tiga-empat kali sehari.

Apa asas amalan ini?

Wassalam.

Radzi.

SJ-12-0123 : memotong kuku semasa dalam pantang

ana yg cetek agama ingin bertanya kepada ustaz2 di al-ahkam adakah benar di dalam islam perempuan yg didalam pantang tidak dibenarkan memotong kuku sewaktu didalam pantang bersalin.

ramai orang di sekeliling ana mengatakan tak boleh dalam islam dan ada segelintir yg mengatakan boleh.ana betul2 keliru

ana harap dapat penjelasan yang logik dan tepat menurut al-quran dan hadis

terima kasih

SJ-03-0044 : sedar ada najis lepas solat

:salam

Ana ada sikit muskil. Ada member tanya pasal najis kat seluar. Satu hari dia solat, dah lepas solat lepas 10-15 minit baru dia sedar ada kesan najis kat seluar dia. So patutkah dia solat semula dengan seluar yg bersih atau itu dikira dimaafkan sebab perkara yg tidak diketahui

terima kasih didahulukan kepada panel sekalian.

:wassalam

SJ-05-0146 : Tepuk bahu imam

Assalamu'alikum..
minta pertolongan..saya telah menghadiri satu usrah yg menyatakan menepuk bahu imam itu adalah tidak dibenarkan sebenarnya..boleh jatuh haram sbb ganggu si imam bersembahyang..sunnah yg nabi buat,berdiri tanpa bg apa2 isyarat..
oleh kerana itu,saya telah merujuk al-ahkam punyer fail2 solat dan terjumpa satu pertanyaan yg hampir sama ngan pertanyaan saya..menurut jawapan thtl..boleh tepuk atau kuatkan suara ketika bertakbir dibolehkan sbb takder dalil..ibn abbas penah berdiri solat sebelah nabi tanpa bg apa2 isyarat..