July 2006

SJ-11-0077 : Swisscash Financial Facility

:bismillah

:salam

Moga dirahmati Allah,

Bagaimana pelaburan jika dilakukan ke atas sistem ini - Swisscash Financial Facility...sila rujuk ( http://www.swisscash.biz/web/asc_company.aspx )

Adakah harus kita bermuamalah dgn agensi ini atau sebaliknya??..
Jika harus...dimanakah terletak keharusan itu dan jika sebaliknya dimana pula keharaman tersebut??

Harap dapat bantuan dari ahli panel yang pakar2...termasuk juga thtl,kamin dan juga uzar dan yg lain2...

:wassalam

SJ-11-0079 : Jual-beli di surau, dewan pengajian, masjid?

:salam

1. Apakah hukum bagi seseorang yang menjalankan transaksi muamalah di dalam sebuah dewan yang telah diubahsuai menjadi surau/madrasah?
Contohnya: rumah kedai dijadikan tempat pengajian ilmu, juga turut diadakan solat jamaah.
2. Adakah larangan bertransaksi dilarang dikhususkan hanya di masjid sahaja?

Terima kasih...

Pendapatku Tentang Sanad

Oleh alitantawi

Tajuk yang saya pilih bukanlah satu perbincangan ilmiah yang teliti dalam menceritakan tentang peranan sanad dalam ilmu kajian hadith. Tulisan ini hanya ingin mengajak para pembaca membezakan antara keperluan sanad di zaman silam (di kalangan ulama hadith) dan keperluan terhadap sanad di zaman ini (di kalangan ulama hadith, fiqh, tasauf dan sebagainya).

SJ-13-0190 : Sedikit Resource datang Dari Negara ISrAEL

assalamualaikum,

Saya berkerja di syarkita semikonduktor, di kilang kami ada mendapat bekalan dari kilang di negara rejim yahudi. Tetapi peratusan nya amat sedikit. Apakah hukum nya saya berkerja di syarikat saya. Untuk maklumat, syrikat kami ialah MNC, dan mempunyai cawangan di Malaysia.

SJ-11-0076 : loan kereta

Jika seseorang itu membeli kereta dengan menggunakan loan dari bank menggunakan sistem konvensional dan belum habis bayar lagi, apakah yang perlu dia lakukan? Maksud saya, bolehkah dia meneruskan pembayaran dengan mengetahui bahawa ada unsur riba' dalam sistem konvensional tersebut atau perlukah dia 'refinance' keretanya menggunakan sistem Islam atau ada apa-apa tindakan lain yang boleh dilakukannya?

Kenangan Bersama Syuaib al Arnaouth #1

Oleh alitantawi

Sesampainya saya dan rakan-rakan di Jordan penghujung tahun 1996, kami sibuk diberi taklimat tentang keadaan di sana oleh para ‘senior’. Bermula daripada cara mendaftar subjek hinggalah kepada cara mendapatkan bekalan makanan di kedai, semuanya diceritakan kepada kami. Termasuk juga kami dibawa melawat tempat-tempat menarik dan bersejarah. Tapi saya tidak pernah tahu bahawa di Jordan terdapat seorang alim yang berpengalaman khususnya dalam bidang hadith. Mungkin maklumat itu tidak penting atau mungkin kerana kami baru saja sampai, nak berkomunikasi pun masih merangkak-rangkak, bagaimana pula nak menghadiri kuliah seorang syeikh hadith?

Mengkritik, Bukan Menghina

Oleh alitantawi

Saya pernah bertemu dengan orang-orang yang cepat melenting apabila kita mengetengahkan kepadanya pendapat yang berbentuk kritikan atau menolak pendapat ulama terdahulu. Mereka akan cepat menggunakan beberapa alasan untuk menolak kritikan tersebut. Di antara alasan mereka ialah :

  • Siapa kamu untuk menolak pendapat ulama yang terkenal?
  • Dah habis ke kamu kaji untuk menolak pendapat mereka?
  • Pendapat mereka betul, cuma kita saja yang tak faham.
  • Kita perlu mendalami semua ilmu berkaitan Islam untuk kita mengkritik.

SJ-11-0075 : Pertandingan Treasure Hunt

Assalamualaikum.

Dewasa ini terdapat banyak pertandingan Mencari Harta Karun (Treasure Hunt) yang dianjurkan oleh berbagai pihak dan kadang-kala hadiah yang ditawarkan amat lumayan. Peserta dikehendaki membayar yuran untuk memasuki pertandingan tersebut.

Apa pandangan dan hukum di dalam Islam mengenai pertandingan seperti ini?

SJ-11-0074 : PERTANDINGAN BOLA

Saya ingin menganjurkan pertandingan bolasepak futsal di kawasan saya dengan niat untuk merapatkan ukhwah dalam usaha mengajak masyarakat kepada Islam yang sebenar.

Pertandingan tersebut dicadangkan mengenakan yuran sebanyak RM50 bagi setiap pasukan yang ingin menyertainya.

Pertanyaan saya adalah boleh wang tersebut (yuran penyertaan) selepas ditolak daripada kos pengurusan yang telah dipastikan ada lebihannya digunakan untuk memberikan hadiah kepada perserta mengikut keputusan juara, naib juara, ketiga dan keempat.

Sekian . Wassalam