September 2006

Syiah Mula Tunjuk Taring

Menggunakan hadith-hadith riwayat Abu Daud, At-Tirmizi, Ahmad, Ibnu Majah dan Muslim tentang al-Mahdi; Syiah cuba menyeludup masuk ajaran sesatnya. (Lihat gambar 1&2)

Yang lain pula bertopengkan organisasi perubatan alternatif, mereka cuba menyebarkan ajaran kufur mereka. (Lihat gambar 3)

Dua buah risalah ini disebarkan dimasjid-masjid secara terbuka.

SJ-13-0207 : KITAB MUHIMAH,SUDAH DI TAHKIK ATAU BELUM????

Ana cuma nak tahu adakah kitab ni sudah ditahkik atau belum.
-kitab ni dgrnya adalah handbook kpd muslimat al-arqam.
[tu pasal mereka mudah menerima poligami]
-kitab tu semakin popular di tempat ana krn sudah ada versi rumi.
-kitabnya kira ok bg ana.
-adakah hadis2 di dalam kitab muhimah tu sohih??

mohon pencerahan.
syukran.

SJ-03-0053 : soalan lagi: taharah, solat dan siyam

:salam

maafkan ana sebab masukkan thread sebanyak 2 kali di bawah 'kemukakan soalan feqh'.

soalan lagi

1) sucikah air yg secawan untuk diminum jika terdapat semut/ kumbang2 / binatang2 kecil( selalunya di lampu2 d rumah) yang mati di dalamnya?

2) berapakah harakat yang dibenarkan bagi 'AllahuAkbar' semasa takbiratul ikram..

SJ-03-0052 : Tanya: istinjaa dan sapu stokin

Salam

Ustaz saya nak tanya pandangan lagi

1) Adakah cuci beristinjak menggunakan tisu?
2) Banyak brother Arab di UK menyapu wuduk atas stokin yg dianggap khuf. Boleh ustaz supply fatwa atau pandangan mengenai menyapu wuduk atas stokin atau kasut

Jazakallah

SJ-05-0152 : Solat Sunat Terawikh

assalammualaikum
Alhamdulillah,
Kita sebenarnya tak perlu bertegang urat untuk bincang 8 rakaat atau 20 rakaat solat sunat Terawikh, cuma nak tanya akhi yang arif bab ini, yang mana lebih afdal buat 8 atau 20 rakaat.tu aje. sebenarnya dah ada ustaz pesan jangan bertengkar bab bahas 8 atau 20 rakaat solat sunat terawikh ini, cuma nak minta pendapat akhi semua berkenaan bab ini secara harmoni.

SJ-08-0031 : BOLEHKAH BERPOSE PADA HARI SYAK????

ana ade baca kitab Dr.tariq al-suwaidan mengenai pose.
berkaitan dgn kitab ni, hanya mazhab syafie yg mengharamkan pose syak.
so seorang sahabat ana kate mmg haram berpose pada hari syak berdasar ade satu hadis dlm kitab riadussolihin,ade hadis melarang mendahulukan puasa ramdhan dgn puasa yg lain.
so soalan,

1]kalau ade manusia berpose pada hari jumaat dan sabtu yg baru lalu iaitu sblm hari ahad ni[iaitu mulanya 1 ramadan].apakah hukumnya.

SJ-13-0201 : Surau bawah rumah Pangsa

:salam

Saya ingin bertanya apakah boleh membina surah di bawah rumah terutama di bawah rumah-rumah pangsa. Sedia maklum lah Surah di bawah rumah Pangsa ni ada saja salur-salur air dan salur &**&^ berlegar diatasnya.

apakah ia dibenarkan?

Semoga kalian dirahmati ALLAH Taala.

ALLAHU A;ALAM
Insya ALLAH
MAHA SUCI ALLAH

SJ-14-0020 : Ini Hadis ke Apa?

Assalamualaikum. Boleh tolong saya carikan petikan di bawah samada dari hadis atau mana2 riwayat.

"Doa Malaikat Jibril Menjelang Ramadhan

"Ya Allah tolong abaikan puasa umat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:
* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);
* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami istri;
* Tidak berma'afan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.