December 2006

SJ-10-0044 : untuk mencukupkan kesemua bahagian?

:salam

Saya telah cari bahagian soal jawab nampaknya tidak ada lagi soalan ini ditanya.
Berkenaan dengan 7 bahagian lembu yang dikongsi untuk berkorban. Perlukah seseorang yang berkorban dari satu-satu bahagian itu mencukupkan bilangan sampai tujuh bahagian pada masa-masa yang akan datang?

dan kalau boleh sertakan dalil yang penuh(ie. which hadith,books) supaya dapat saya buat rujukan.
sekian jazakallahukhayr

SJ-14-0032 : hadith qudsi: Allah rindu?

:salam
nk minta tlg tahqiq & tarjih hadith qudsi:

Allah berfirman “wahai malaikat, turunkanlah musibah ke atas hambaKu, kerana aku rindu mendengar dia merintih kepadaKu

sbb macam pelik, rindu itu sifat Allah? walhal rindu itu menunjukkan kelemahan si pemilik sifat tersebut.

jkkk.

SJ-05-0162 : Fatihah makmum vs bacaan surah lps fatihah Imam

:salam

mengenai bacaan al-fatihah oleh makmum dlm solat jamaah.
Andai imam tersalah bacaannya / terlupa (surah selain al-fatihah), sejauh mana kewajipan makmum untuk membetulkan bacaan imam?
dan kadangkala makmum sibuk dgn bacaan al-fatihah lalu tak sedar imam membuat kesalahan dlm bacaan / terhenti bacaannya krn terlupa. atau makmum sedar, tapi tidak dpt membetulkan / membantu imam krn masih belum tamat bacaan al-fatihahnya.

Khadam Ayat - Penjelasan Yg Menimbulkan Tandatanya

Petikan: Menurut responden yang sama, khadam yang berdampingan dengannya terdiri daripada makhluk yang diutus oleh Allah, yang termasuk dalam golongan makhluk-makhluk ghaib. Dia adalah hamba Allah yang bertaraf wali-wali, seperti wali sepuluh yang terpilih daripada segala wali yang dikenali sebagai rijalul ghaib yang juga dikenali sebagai khadam roh.

SJ-12-0137 : Kesan murtad kepada pernikahan dan holy water

1. Bila seorang lelaki murtad dan terbatal pernikahnnya, apabila bertaubat kembali kepada islam, adakah dia boleh hanya rujuk dengan isterinya atau dia mesti bernikah semula?

2. Banyak diceritakan org islam dimasukkan ke kristian dan diberi minum holy water. Dengan demikian org itu tidak boleh mengucap/menyebut ayat2 suci. Sejauh mana kebenarannya??

jkk in advance.

SJ-12-0135 : aurat lelaki

:salam

minta bantuan jelaskan pandangan keempat-empat mazhab tentang aurat lelaki..setahu saya mengikut mazhab syafie antara pusat dan lutut, tolong jelaskan sekali sekiranya terdapat khilaf dalam mentafsirkan atas lutut atau bawah lutut..

maaf jika soalan berulang..boleh bagi link..jazakallah

:wassalam