February 2007

Sejarah Munculnya Ilmu Mustolah al-Hadis & Perkembangannya

Sejarah Munculnya Ilmu Mustolah al-Hadis & Perkembangannya

Oleh: Abu Ismail (e-mail: acid_fast_stain@yahoo.com)

 

Alhamdulillah ,wassola tuwassala muala rasulillah,wa ala alihi wa ashabi ajmain wa man walah, Segala puji bagi Allah, selawat dan salam keatas junjungan mulia baginda Rasulillah SAW,keluarganya, para sahabatnya dan mereka yg mengikuti jejak baginda.

Wa badu

Ilmu Mustolah al-Hadis ialah ilmu yang membahaskan berkenaan asas-asas dan kaedah-kaedah yang digunakan untuk mengetahui keadaan dan kondisi sanad dan matan hadis, samada ia diterima atau ditolak yang merupakan objek pembahasan utama ilmu ini.Melalui ilmu yang berdisiplin tinggi ini kaum muslimin dapat membezakan antara hadis yang sahih dan hadis yang lemah atau palsu.Ilmu ini adalah satu ilmu yang sangat penting bagi umat Islam, sebagaimana kata Imam al-Nawawi (676H) dalam pendahuluan kitab al-Taqrib wa al-Taisir li Marifati Sunan al-Basyir al-Nadzir:

SJ-04-0038 : Menyapu khuf

:salam
Kita tahu bahawa jika kita pakai setokin selepas kita bersuci, kemudian batal air sembahyang, kita nak ambik air sembahyang lagi utk. sembahyang, dibolehkan dgn. memadai menyapu setokin sebagai ganti basuh kaki. Tapi bagaimana cara yg sunnah menyapu khuf/setokin ini? Sapu bahagian atas kaki ke, tapak kaki ke, ataupun kedua2 atas kaki dan tapak kaki atau macam mana? Adakah disunatkan juga menyapu 3 kali?

SJ-05-0164 : qiblat

assalamualaikum...
saye ingin bertanye kpd para ustaz al ahkam...
baru2 nie saye melawat rumah makcik saye...
saye bersolat lah di rumahnyer...
saye yakin bahawa kiblat saye ketika itu adalah btol...
tetapi setelah habis solat saye menyedari yang kiblat saya adalah berlainan arah...
adakah saya perlu mengqadakan solat saya?

SJ-11-0090 : pelaburan dermaga (http://www.d-xchange.com)

:salam
saya ingin mengemukakan persoalan mengenai pelaburan dermaga,iaitu pelaburan minyak melibatkan syarikat besar di Malaysia iaitu Petronas....adakah dibolehkan? laman web (http://www.d-xchange.com)
sekian terima kasih
:wassalam

SJ-11-0091 : Keutamaan zakat pendapatan

:salam

Saya membayar zakat pendapatan dengan potongan gaji bulanan via LHDN walaupun saya punya kalkulasi gaji/simpanan tak layak bayar(dikecualikan). Baru-baru ni saya terperasan kakak saya lebih memerlukan dana untuk melunaskan pengajian(sekalipun sudah berkahwin) di Mesir. Sebab untuk Master bidang pengajian agama ni tak banyak badan yang sponsor. pusat zakat setahu saya hanya untuk ijazah pertama sahaja.

Adakah mengikut keutamaan saya patut membatalkan potongan gaji tetap via LHDN sebaliknya disalurkan/infaq pada kakak saya? Sebab hasilnya pasti/lebih jelas.

SJ-10-0045 : Masalah dgn kelahiran dan aqiqah

Assalamualaikum, saya ada beberapa persoalan yg perlukan penjelasan dari ustaz.
A. Sekiranya saya mengambil anak angkat lelaki yg baru lahir dan kebetulan adik perempuan kepada isteri saya pun baru selamat melahirkan bayi. Setelah berbincang secara keluarga, kami bersetuju utk menyusukan anak angkat saya kepada adik ipar saya.
1. Soalan no.1 : Adakah anak angkat saya itu akan menjadi mahram kepada isteri saya ataupun tidak, setelah dia menyusu dgn adik kpd isteri saya.

MELETAKKAN TANGAN DI ATAS DADA KETIKA SOLAT: SUNNAH ATAU TIDAK

Oleh abu_ismail

MELETAKKAN TANGAN DI ATAS DADA KETIKA SOLAT: SUNNAH ATAU TIDAK

قال الإمام الترمذي في الجامع الكبير: عقيب حديث (252) :" والعمل على هذا عند أهل العلم من أصحاب النبي صلى الله عليه وسلم والتابعين ومن بعدهم : يرون أن يضع الرجل يمينه على شماله في الصلاة . ورأي بعضهم أن يضعهما فوق السرة ، ورأي بعضهم أن يضعهما تحت السرة ، وكل ذلك واسع عندهم "

. Menurut Imam at-Tirmizi dalam al-Jami’ al-Kabir (Sunan at-Tirmizi) selepas hadith no: 252 : “Amalan ini dilakukan oleh para ilmuwan dari kalangan sahabat Nabi SAW, para tabi’in dan golongan selepas mereka. Mereka berpendapat seseorang itu hendaklah meletakkan tangan kanannya di atas tangan kirinya ketika solat. Sebahagian daripada mereka berpendapat meletakkan kedua-dua tangan di bahagian atas pusat. Manakala sebahagian yang lain berpendapat meletakkannya di bawah pusat. Semua itu ‘luas’ pada mereka.”