Larangan Merokok Dapat Mengurangkan Penyakit Asma Kanak-kanak dan Kelahiran Pra Matang

Primary tabs

Perokok pasif

 

Pasukan penyelidik di dalam kajiannya telah menemui bahawa perlaksanaan peraturan itu dalam tempoh setahun telah membantu mengurangkan kadar kelahiran pra matang dan penyakit asma di kalangan kanak-kanak sebanyak sepuluh peratus.

Terjemahan: zain-ys | Dari artikel BBC Arabic


 Majalah antarabangsa Lancet telah menerbitkan kajian yang mengatakan peraturan larangan merokok di tempat awam mempunyai kesan positif ke atas kesihatan kanak-kanak.

Pasukan penyelidik di dalam kajiannya telah menemui bahawa perlaksanaan peraturan itu dalam tempoh setahun telah membantu mengurangkan kadar kelahiran pra matang dan penyakit asma di kalangan kanak-kanak sebanyak sepuluh peratus.

Pasukan penyelidik telah menganalisa sebelas kaji selidik yang telah dilakukan sebelum ini di Amerika Syarikat dan Eropah.

Menurut Kolej Perubatan Diraja Britain untuk penyakit wanita dan kelahiran, peraturan larangan merokok menguntungkan orang dewasa dan kanak-kanak.

Penyelidikan ini dianggap salah satu penyelidikan pertama terbesar yang mengkaji tentang kesan dan pengaruh peraturan larangan merokok ke atas kesihatan kanak-kanak yang dilaksanakan di dalam beberapa negara di kawasan berkenaan.

Peraturan larangan merokok di tempat awam seperti bar, restoran dan tempat kerja menunjukkan ia dapat melindungi orang dewasa dari risiko menjadi perokok pasif (menyedut asap rokok dari orang yang sedang merokok).

Di dalam kajian itu, para penyelidik dari Universiti Edinburgh Scotland, Universiti Maastricht Belanda, Universiti Hasselt di Belgium, Universitas Harvard dan hospital Brigham dan wanita telah melakukan penyelidikan lebih dari 2.5 juta kelahiran dan hampir 250 ribu yang datang ke hospital untuk kes penyakit asma.

 

Bukti Yang Nyata

kajian kami adalah bukti yang nyata dan jelas bahawa peraturan larangan merokok memberikan manfaat yang cukup besar untuk kesihatan bayi dan janin

Kata Dr Jasper Been, ketua pasukan penyelidik dan perofesor di Pusat Perubatan di Universiti Maastricht, penyelidikan yang dijalankan ke atas kanak-kanak di bawah usia 12 tahun amat memberangsangkan.

Been menambah; kajian kami adalah bukti yang nyata dan jelas bahawa peraturan larangan merokok memberikan manfaat yang cukup besar untuk kesihatan bayi dan janin. Ia telah diberi sokongan yang kuat oleh WHO (Pertubuhan Kesihatan Sedunia) untuk membentuk persekitaran umum yang bebas asap rokok di peringkat kebangsaan.

Kajian ini juga mendapati bahawa selepas dilaksanakan peraturan larangan merokok, telah menurunkan kadar kelahiran pra matang sebanyak lima peratus.

Profesor Aziz Syeikh dari Hospital Brigham and Women's dan Universiti Edinburgh yang turut serta dalam penyelidikan menegaskan bahawa di sana ada peluang untuk mempetingkatkan tahap kesihatan kanak-kanak secara besar-besaran.

Syeikh menambah, berdasarkan hasil yang telah dirumuskan oleh kajian ini, maka sewajarnya negara-negara yang belum melaksanakan lagi peraturan larangan merokok memikirkan semula pendiriannya dalam urusan kesihatan yang cukup penting.

Satu penyelidikan sebelum ini menyatakan bahawa 40 peratus kanak-kanak di peringkat antarabangsa terdedah secara berterusan sebagai perokok pasif (menyedut asap rokok dari orang yang sedang merokok). Hal ini terbukti telah menjadi punca kepada penyakit pernafasan dan punca penyakit asma di kalangan sebilangan besar kanak-kanak.

 

Di dalam penyelidikan di Eropah menyatakan bahawa perokok pasif dapat menyebabkan penebalan arteri kanak-kanak. Hal ini boleh menambahkan lagi bahaya berlakunya serangan jantung dan strok pada masa akan datang.

Menurut pakar, kanak-kanak secara khususnya adalah mereka yang paling banyak terdedah kepada kesan sebagai perokok pasif , kerana paru-paru dan sistem imun mereka masih pada peringkat pertumbuhan.

Sehingga sekarang, peraturan larangan merokok di tempat awam meliputi 16 peratus dari penduduk dunia.

Profesor Ronie Lammont dari Royal College of Obstetricians and Gynaecologists pula berkata; Bahawa kajian ini menunjukkan bukti lanjut bahawa peraturan larangan merokok mempunyai kesan kesihatan yang penting untuk orang dewasa dan kanak-kanak.

 

Berlebihan

Lammont menambah; Memang telah terbukti bahawa merokok mengandungi kesan yang negatif ke atas pertumbuhan janin. Oleh itu, ibu-ibu hamil perlu diberi kesedaran tentang risiko bahaya ini dan perlu diberi nasihat serta dorongan untuk menghindarinya.

Jurukacap Kementerian Kesihatan Britain berkata; pihak kementerian berusaha membuat undang-undang larangan merokok di mana menjadi satu kesalahan bagi orang dewasa membelikan rokok untuk kanak-kanak atau merokok di dalam kereta ketika bersama mereka.

Jurucakap itu menambah; kementerian juga melarang penjualan rokok melalui mesin penjual dan menaikkan kadar cukai ke atas tembakau serta larangan mempamerkannya kepada umum.

Tetapi menurut Simon Clark, Pengarah Kumpulan Perokok Forest; kanak-kanak lebih banyak terdedah sebagai perokok pasif di rumah. Kerana itu larangan merokok di tempat kerja tidak akan mempunyai kesan yang besar ke atas mereka.

Beliau menambah; jika laporan melihat bahawa perokok pasif  adalah satu-satunya punca utama penyakit asma bagi kanak-kanak, maka ia tidak masuk akal.

Beliau melanjutkan; pertambahan bilangan penderita penyakit asma di Britain meningkat tiga kali ganda sepanjang 40 tahun yang lalu. Sepanjang tempoh berkenaan, kadar  perokok berkurangan sehingga separuh. Sementara itu sebahagian kanak-kanak hari ini terdedah kepada asap tembakau di tempat tertutup seperti rumah dan kereta.

Katanya lagi; seruan menambah bilangan negara untuk menggubal undang-undang larangan merokok dapat dianggap sebagai keterlaluan dalam bereaksi/bertindak balas.

 


Teks asal:


 

حظر التدخين يقلل إصابة الأطفال بالربو والولادة المبكرة 

 نشرت مجلة لانسيت العلمية دراسة تقول إن القوانين التي تحظر التدخين في الأماكن العامة لها تأثير إيجابي على صحة الأطفال.

وتوصل الباحثون في الدراسة إلى أن تلك القوانين ساعدت خلال عام في خفض معدلات الولادة المبكرة وأزمات الربو الشديدة بين الأطفال بنسبة بلغت عشرة في المئة.

وعكف فريق البحث على النظر في 11 دراسة سابقة أجريت في الولايات المتحدة وأوروبا.

فيما قالت الكلية الملكية البريطانية لأطباء النساء والتوليد إن قوانين حظر التدخين تعود بالفائدة على البالغين والأطفال على حد سواء.

وتعتبر تلك واحدة من بين أولى الدراسات الكبرى التي تبحث تأثيرَ قوانين حظر التدخين التي تطبق في العديد من الدول على صحة الأطفال في تلك المناطق.

وثبت أن القوانين التي تحظر التدخين في الأماكن العامة كالبارات والمطاعم وأماكن العمل من شأنها أن تحمي البالغين من مخاطر ما يعرف بالتدخين السلبي.

ففي تلك الدراسة، قام الباحثون من جامعة ادنبره الاسكتلندية، وجامعة ماستريخت الهولندية، وجامعة هاسيلت البلجيكية، وكلية الطب بجامعة هارفارد الأمريكية، إلى جانب مستشفى "بريغام آند ويمين" بولاية ماسيتشيوسيتس الأمريكية، بدراسة ما يربو على ملونين ونصف من حالات الولادة، وما يقارب 250 ألف حالة أزمة ربو ترد إلى المستشفيات من الأطفال.

 

"دليل واضح"

وقال جاسبير بين، رئيس فريق البحث والأستاذ بالمركز الطبي بجامعة ماستريخت، إن البحث الذي أجري على الأطفال ممن هم دون سن الثانية عشرة قد كشف عن الكثير.

وأضاف بين: "تقدم دراستنا دليلا واضحا على أن قوانين حظر التدخين تحمل منافع كبرى للصحة العامة للأطفال الرضع وفي مرحلة ما قبل الولادة، كما أنها تدعم بقوة التوصيات التي تقدمها منظمة الصحة العالمية لخلق بيئات عامة خالية من التدخين على المستوى القومي."

وتوصلت الدراسة أيضا إلى أنه وبعد تطبيق قوانين حظر التدخين، انخفضت معدلات الولادة المبكرة بنسبة خمسة في المئة.

فيما أكد عزيز شيخ، الأستاذ بمستشفى بريغام آند ويمين وجامعة ادنبره والذي شارك في الدراسة، أن هناك احتمالية لتحسين صحة عدد أكبر من الأطفال.

وأضاف شيخ: "في ضوء هذه النتائج التي خلصت إليها الدراسة، ينبغي للعديد من الدول التي لم تطبق بعد قانون حظر التدخين أن تعيد النظر في موقفها من هذه القضية الصحية الهامة."

وترى إحدى الدراسات السابقة أن 40 في المئة من الأطفال على مستوى العالم يتعرضون بشكل دائم للتدخين السلبي، الذي ثبت أنه يتسبب في الإصابة بأمراض الجهاز التنفسي وحدوث أزمات الربو بين عدد أكبر من الأطفال.

كما أظهرت دراسة أوروبية حديثة أن التدخين السلبي يتسبب في تجلط الشرايين لدى الأطفال، وهو ما قد يتسبب في زيادة مخاطر حدوث النوبات القلبية والسكتات الدماغية في مراحل متقدمة من العمر.

ويقول الخبراء إن الأطفال بشكل خاص هم الأكثر عرضة لتأثيرات التدخين السلبي وذلك لأن رئتي الطفل وجهازه المناعي لا يزال في طور النمو.

وحتى الآن، يغطي قانون حظر التدخين في الأماكن العامة ما يقرب من 16 في المئة من سكان العالم.

من جانبه، وصف روني لامونت، الأستاذ بالكلية الملكية البريطانية لأطباء النساء والتوليد، الدراسة بأنها تقدم دليلا مستقبليا على أن قوانين حظر التدخين لها تأثيرات صحية هامة على البالغين والأطفال.

 

"مبالغة"

وأضاف لامونت: "لقد ثبت أن التدخين يحمل تأثيرات سلبية على نمو الجنين، وأن الأمهات الحوامل بحاجة إلى توعيتهن بتلك المخاطر، وتقديم النصيحة والدعم لهن للإقلاع عنه."

وكان متحدث باسم وزارة الصحة البريطانية قد قال إن الوزارة تسعى للاستناد إلى قانون حظر التدخين في تجريم أن يشتري البالغون السجائر للأطفال أو أن يدخنوا أثناء اصطحابهم الأطفال معهم في السيارات.

وأضاف المتحدث أن الوزارة تعمل على "منع بيع السجائر عن طريق الماكينات الآلية، وزيادة معدلات الضرائب على التبغ بالإضافة إلى حظر عرضها للعامة".

إلا أن سايمون كلارك، مدير جمعية "فوريست" للمدخنين، يرى أن الأطفال يتعرضون بشكل أكبر للتدخين السلبي في المنازل، ولذلك فإن "حظره في أماكن العمل لن يكون له تأثير قوي عليهم".

وأضاف: "إذا ما كان التقرير ينظر إلى التدخين السلبي على أنه السبب الرئيسي والوحيد في إصابة الأطفال بالربو، فإن ذلك سيكون أمرا سخيفا."

وتابع قائلا: "تزايد عدد من يعانون من الربو في بريطانيا إلى ثلاثة أضعاف خلال الأربعين عاما الماضية. وخلال الفترة نفسها، انخفض عدد المدخنين إلى النصف بينما أن القليل من الأطفال اليوم نسبيا يتعرضون لدخان التبغ في الأماكن المغلقة كالمنازل والسيارات،" مضيفا أن دعوة المزيد من الدول إلى سن قانون من شأنه حظر التدخين تعد "مبالغة زائدة في رد الفعل".

Kategori Berita: 

Artikel Berkaitan