April 2007

SJ-06-0039 - adakah musafir kalau pergi+balik=90km- bhg 3

salam.

susahlah nak berinteraksi dengan panel ahkam sehinggga satu2 masalah selesai. nak tanya lagi, nak kena buat topic baru. lambat dan x best. sy cadangkan supaya only threadstater boleh reply. harap dipertimbangkan.

ththtl, sy pun boleh buka link tu, maksud sy yang x boleh buka ialah 2 link yang ada dalam link sj SJ 06 - 0020:

a. JAWAPAN soaljawab Feqh >> Sembahyang jamak dan qasar
URL : http://al-ahkam.net/forum2/viewforum.php?selected_id=f96

sj-12-0151 : Susu Ibu

Assalamualaikum,
Ana ingin bertanya mengenai hukum suami minum susu badan isterinya. Walaupun agak lucu pada mulanya, tapi ia telah menimbulkan kekeliruan seluruh kampung akhirnya.

Seorang Ustaz telah menghukumkan bahawa suami dibolehkan minum susu badan isterinya dgn tanpa halangan seperti sampai kenyang atau berulang2. Alasan yg diberikan tiada termaktub dalam Al Quran.

Benarkah pendapat sedemikian. Kalau tidak benar apakah pendapat yg menepati Al Quran dan Sunnah. Jazzakallah.

SJ-06-0040 : 10 hari solat jamak dan qasar kerana musafir

:salam

Kemusykilan tentang persoalan di subjek:

1) Sbg cth: saya pergi bermusafir 10 hari, dalam masa tersebut apabila sampai ke destinasi yg dituju yakni hari pertama perjalanan, saya melakukan solat jamak tanpa qasar selama 10 hari. Adakah ia dibolehkan??? Adakah pendapat yg membenarkan perkara ini dan adakah pendapat ini kuat utk beramal dgnnya???

2) Selama 10 hari tersebut, boleh atau tidak saya melakukan solat jamak bersama qasar??

Moga ia mendapat perhatian sewajarnya dr ahli panel.

SJ-12-0152 : Cerai Takliq lagi...

:salam

1) Jatuh atau tak talak kalo takliq atas perbuatan tu atas diri suami bkn si isteri...cth:"Jatuh talak 1 atas ko kalo aku hisap dadah"

2) Si isteri telah terjumpa gambor si suami dengan perempuan lain dalam baju si suami tersebut..maka si suami cakap: " Jika gambor tu aku yg bawa masuk dalam rumah nie jatuh talak 1 atas ko".

Apa pandangan ahli panel tentang 2 masalah nie??

SJ-06-0038 : SUSULAN- adakah musafir kalau pergi+balik=90 km

\ustaz,

sy dah browse dlm archive, jumpa tapi x bleh masuk link dalam tu. entah kenapa:

SJ-06-0020 : Jarak dan tempoh mengikut syafie...

adakah boleh kalau saya ikut pendapat zahiri dan ibn taimiah? tapi solat, wuduk ikut syafie. zahiri dan ibn taimiah ni mazhab mana? antara pendapat 2 golongan ni, mana yg lebih kuat? adakah sy bersalah sbb mencari yg senagn ajer dalam solat?

SJ-04-0043: Khuf

soalannya

1) Apakah ciri2 khuf itu ??

2) Bolehkah stoking low cut yg bawah buku lali dijadikan khuf iaitu dengan menyapu wuduk diatas stoking.....

adakah stoking itu perlu melebihi buku lali baru dianggap khuf??

3) Seorang muslim ambil wuduk secara khuf
akan tetapi dia membuka kasut semasa solat

adakah kalau mengambil wuduk secara khuf tidak boleh membuka kasut atau stoking tempat wuduk itu disapu??
:P ::? ::wink:

SJ-13-0230 : Al-Masih

Salam,
Saya ingin bertanya soalan

Saya ada terbaca beberapa artikel berkenaan Dajjal dan Yakjuj dan Makjuj

Berkenaan Dajjal, penulis berkenaan ( may be dia ambil pendapat org lain)
menyatakan bahawa Dajjal bukanlah satu batang tubuh, akan tetapi ia merujuk kepada peradaban barat.

Dalam hal ini Dr Bilal Philips menolak pentafsiran ini dalam satu ceramahnya

manakala berkenaan Al-Masih pula, penulis berkenaan
menyatakan bukanlah
Nabi Isa itu yang turun, akan tetapi seseorang yang baik dan hebat seperti
Nabi Isa itu akan muncul.

SJ-05-0174 : solat sunat hadiah...

:salam
mintak pencerahan dalam isu solat sunat hadiah..seorang ustaz pondok memberitahu kita hendaklah bertaklid dgn pendapat imam as-Subki yang mengatakan adanya solat sunat hadiah (tanpa menyebut kitab mana)..begitu juga saya pernah terbaca artikel Dato Dr Mashitah Ibrahim dalam ruangan soal jawab akhbar metro yang mengatakan adanya solat sunat hadiah dan beliau mengajar kaifiatnya..walhal sebelum ni saya berpegang dgn Dr MAZA & HF yang mengatakan tidak wujudnya solat sunat hadiah dlm sunnah baginda s.a.w

mohon pencerahan..
:wassalam