April 2007

SJ-05-0176 : tertib bacaan surah ketika solat

stutroop wrote:
Martabat 5

Joined: Jan 28, 2004
Posts: 101

Posted: Apr 16, 2007 - 02:38 PM
Post subject: tertib bacaan surah ketika solat

salam kepada semua...

surah lepas fatihah dalam solat, kenapa kita kena baca ikut tertib kalau ikut quran dari kanan ke kiri. contohnya rakaat pertama baca surah qulhuallahu ahad. jadi rakaat kedua, kena baca surah al-falaq, atau an-naas. x bleh baca surah al-kafirun atau yg sebelumnya.

SJ-05-0177 : Sah Khutbah Jumaat

Assalamualaikum,

bebaru ni, terjadi di salah sebuah masjid di Pandan, selepas selesai khutbah ke 2, muncul seorg mengambil mike dan berkata bahawa khutbah jumaat tidak sah kerana khatib tidak duduk diantara dua khutbah. Lalu beliau melafazkan bacaan khutbah ke 2 selepas itu. Kami jemaah kemudian bersolat jumaat berimamkan khatib seperti biasa. yakni tanpa sujud sahwi ataupun solat zuhur terkemudiaannya.

namun setelah selesai solat jumaat, sekumpulan drpd jemaah bangun mengerjakan solat zuhur.

SJ-06-0041 : iqamah antara solat jama'

Manakah yg tepat (atau kedua²nya) mengikuti sunnah?

Adakah selepas solat yg pertama kemudian bangun terus utk solat kedua, atau perlu iqamah antara kedua² solat tersebut?

Solat jama' yg ana maksudkan adalah solat jama' berjamaah (kalau sama dgn bersendirian juga tidak mengapa).

Jika tidak keberatan, sertakan dgn dalil.

Sekian terima kasih.

SU-00367 : Melupus kertas yang mempunyai ayat2 al-Quran?

Assalamu alaikum...

Panel al-ahkam.net yang dihormati,
Mohon maaf jika soalan ini adalah soalan ulangan.

1. Bagaimanakah cara terbaik untuk melupuskan kertas/surat/bahan2 yang mengandungi ayat2 al-Quran padanya?
2. Adakah terjemahan ayat2 al-Quran perlu dilupuskan dengan cara yang sama?
3. Bagaimana pula dengan kertas/surat/bahan2 yang mengandungi hadith2 Rasulullah sallAllahu alaihi wasallam?

Pohon pencerahan. Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

KEPENTINGAN KAJIAN HADITH DI ATAS MANHAJ ULAMA TERDAHULU

Kajian hadith melalui peringkat demi peringkat sejak zaman para sahabat sehinggalah ke zaman kita pada hari ini. Bentuk kajian di setiap zaman juga adalah berbeza mengikut keadaan dan kemampuan pengkaji. Ditambah pula dengan wujudnya sebab-sebab sampingan yang membantu kajian seperti kemajuan dalam penulisan dan teknik pemeliharaan hadith.

Di zaman para sahabat, tidak dinafikan bahawa terdapat kebarangkalian yang terlalu sedikit untuk wujudnya kesilapan sama ada sengaja atau tidak dalam periwayatan hadith. Namun, zaman demi zaman berlalu sehinggalah berakhirnya zaman para sahabat.

SJ-06-0042 : Perihal jamak/qasar di kampung sendiri

:salam:

Di sini saya ada kemusykilan. Saya berasal dari klang, dan kini menetap di pahang hampir sepuluh tahun. Kalau saya ingin pulang ke kampung, dalam perjalan pulang ke klang, saya buleh buat solat jamak dan qasar, tp semasa berada dikampung, bolehkah membuat solat jamak dan qasar? Saya agak konfiuse sebab ada rakan saya mengatakan tidak boleh kerana saya berasal dari klang, maka dah sampai klang kelebihan jamak dan qasar dah tiada, betulkah? kekonfiusan ini juga turut dikongsi bersama isteri saya yang pulang ke johor, juga telah menetap di pahang hampir sepuluh tahun.

SJ-01-0067 : pengkhususan dlm ibadat

:salam

adakah kita dibenarkan utk mengkhususkan ibadah pada waktu tertentu dgn tujuan utk mendisiplinkan diri.

cth: setiap jumaat melakukan qiamualail. dan tidak pada hari2 lain. sebabnya seperti yg ana sebutkan td.

jika tidak keberatan sertakan dalil utk persoalan ini.

sekian.

SJ-13-0227 : uban

adakah uban secara muktamadnya tidak boleh dicabut?jika dirujuk kepada fiqh sunnah sayyid sabiq dalam bab thaharah,dikatakan bahawa uban hendaklah dibiarkan dan tidak boleh dicabut;tidak kira sama ada di janggut mahupun di kepala.

akan tetapi,saya pernah terdengar bahawa uban di janggut sahaja yang 'restricted' daripada dicabut.

mohin pencerahan.