April 2007

SJ-12-0149 : Tahnik?

Assalamu alaikum...

Baru2 ni saya diminta oleh ibu mertua saya utk mentahnikkan anak saudara lelaki saya yang baru lahir, walaupun sebenarnya lebih elok mencari seseorang lebih bagus agamanya untuk melakukannya.

Dalam piring yang diberi oleh ibu mertua saya terdapat tamar, air zam-zam, garam, asam keping dan cincin emas. Saya tanya "Cincin ni nak buat apa, ma?" Ibu mertua saya kata "alaa...hari tu ma tengok ustadz buat camtu". Dia merujuk kepada seorang ustadz yang baru balik dari Jordan dan menjadi imam di masjid besar.

Maulidur Rasul: Sanggahan terhadap Risalah Pelajar Pondok..

Petikan:
Dakwaan:
Orang yang pertama merayakan maulid adalah sultan yang dikatakan seorang raja yang adil, warak, zuhud dan alim – Sultan Ibnu Malik al-Muzaffar – sehinggakan ulamak-ulamak yang muktabar didakwa telah menghadiri majlis maulidnya. Malah ulamak besar Syeikh Abu Khattab Ibnu Dihyah telah mengarang kitab Al-Tanwir yang membicarakan amalan maulid.

Kita jawab: Raja ini (wafat 630 H) bukanlah seperti yang didakwa itu bahkan dia seorang yang pemboros, pembazir harta rakyat dan zalim. Dialah raja yang pertama mengada-adakan (bid’ah) perayaan maulid nabi sehingga terbantut segala kegiatan ekonomi masyarakat, kerana perayaan ini dilakukan secara besar-besaran bermula dari bulan Safar lagi. Sambutan ini disertakan dengan nyanyian, permainan, dan berbagai-bagai bentuk hiburan. Lihat Mu’jamul Buldan jilid 1 ms 87 karangan Yaaqut al-Hamawi, Al-Qaulul Muktamad karangan Imam Ahmad b Muhammad Misri al-Maliki, Wafayatul A’yan karangan Ibnu Khallikan dan Duwalul Islam karangan Imam Zahabi. 

 


SJ-15-0002 : PANDUAN TARJIH

Akum,

budaya mentarjih nampaknya tidak subur di Msia. Saya sendiri x boleh memberikan jwapan bila ditanya apakah tarjih,siapa blh mentarjih dsb. Ada beberapa persoalan yg minta dibincangkan:

1- bagaimana melakukan tarjih?

2-apakah semua perkara boleh ditarjih?

3-siapa boleh mentarjih?

4-bagaimana menerangkan kpd masyarakat bahawa mentarjih bukan menafikan mzhab atau menghina ulama mazhab?

diharap perbincangan fiqh yg sihat lg ilmiah dan power berlaku.

SJ-13-0228 : apakah sebenarnya tujuan hawa di jadikan?

1]kalau benar hanya cinta adam kpd allah sudah mencukupi mengapa allah menjadi kan hawa sbg isteri adam??

2]apa tujuan hawa dijadikan oleh allah?adakah hanya sbg penambah populasi penyembah allah yg berkualiti?

3]ape fungsi hawa kpd adam?

4]siapakah ainul mardhiah?bidadari atau perempuan syurga??