May 2007

SJ-05-0195:Ketinggalan 2 rukun solat ketika mengikuti imam..

:salam

Sekiranya seseorang itu bersolat berjemaah...tapi ketinggalan 2 rukun ketika
mengikuti Imam...kerana imam terlalu laju membaca al-fatihah dan surah.
Khususnya semasa imam mem'Sirr' kan bacaannya...dan makmun pula ingin
menghabiskan bacaan al-Fatihahnya..

1. Apakah Sah Solatnya itu dari hukum syara'?

2. Adakah dia tidak dapat pahala dan fadhilat solat berjemaah itu?

Minta disertakan dengan nas...

SJ-05-0193: Bersolat di belakang jamaah yang kedua...

:salam

Bolehkah kita bersolat/membuat jemaah yang kedua apabila jemaah yang pertama yang dikendalikan oleh imam yang dilantik sudah selesai menunaikan solat secara berjemaah?

Ataupon kita kena bersolat bersendirian walaupon masih ramai lagi yang ingin bersolat...tapi tak sempat dengan imam yang pertama?

Minta..ahli panel, sertakan nas2 dari al-quraan dan as-Sunnah.

SJ-13-0243 : Tatu (tattoo) di anggota tubuh?

Assalamu alaikum...

Panel al-ahkam.net yang dihormati,

Adakah tatu (tattoo) yang dilukis di anggota tubuh, WAJIB ditanggalkan sekiranya ada teknologi/kaedah yang boleh menanggalkannya?
Jika wajib, adakah masih berdosa sekiranya si pemakai tatu ini tidak mahu melakukannya lantaran kaedah tersebut sangat mahal dan menyakitkan?

Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

SJ-13-0241 : Fatwa Lajnah Daimah

Telah beberapa kali, semasa menjawab soalan, ustaz-ustaz di al-ahkam sering merujuk kepada atau menyebut Fatwa Lajnah Daimah atau Fatwa KSA atau Fatwa Lajnah lain-lain eg alAzhar.

Adakah Fatwa ini dalam bentuk buku dan sekiranya ya, dimana boleh dapatkan nya dan apakah title nya..? Dan adakah ia dalam BM..?

Jazakallah.

SJ-01-0074 : masalah pukau..

:salam
sejak kebelakangan ini byk berlaku kes pukau sama ada di kg atau pun bandar, org kaya atau pun miskin semua menjadi mangsa asalkan ada brg yang menjadi tarikan para pengamal pukau..masyarakat mula bimbang dan risau.. ::cry:
dan saya telah mendapat satu risalah ttg bagaimana nak hindarkan diri drpd ilmu pukau, atau dengan kata lain sbg pendinding diri..