May 2007

SJ-01-0072 : Baru masuk ISLAM, terhapuskan segala dosa?

Assalamu alaikum...

Panel al-ahkam.net yg dihormati,

Benarkah segala dosa2 non-muslim yang baru sahaja memeluk ISLAM diampunkan SEGALAnya? Sehingga menyebabkannya tidak berdosa umpama bayi. Atau pengampunan dosa itu hanya dosa2nya dengan ALLAH eg syirik dsbnya, sedangkan dosa2nya dengan makhluq tetap perlu dimaafkan oleh makhluq itu? eg mencuri, menfitnah dsbnya.

Apakah dalil yang boleh dikaitkan dengan ini?

Terima kasih.
waAllahu ta'ala a'lam.

SJ-11-0090 : Harta Anak Sendiri Dibelanjakan Oleh Ibu Bapa?

Salam,

Apakah hukum membalanjakan harta anak2 kita sendiri yang masih belum boleh berfikir seperti bayi (i.e kita belanjakan untuk membeli susu atau insurans, dan lain-lain keperluan untuk diri anak2 itu sendiri).

Harta yang dimaksudkan ialah seperti wang pemberian dari orang lain, dan hal-hal yang seumpamanya.

:wassalam

SJ-05-0184 : Ragu2 Untuk Berjamaah

:salam

Kadang2 bila di tempat solat (bilik solat yg disediakan), hanya ada seorang yg sedang solat. Masalahnya org yg sedang bersolat itu kita tahu qualiti solat dia (secara zahirnya rendah qualiti). Apakah kita perlu berjamaah dgnnya (sbg jamaah masbuk) atau kita solat sendirian sahaja.

:wassalam

SJ-13-0236 : Mana lebih Afdhal (Utama)

:salam

Mana lebih afdhal:
Seorang kaya yang bersyukur atau
Seorang miskin yang bersabar.

Adakah digalakkan kita mencari kekayaan dan bersyukur atas kurnian-Nya ataupun cukup sekadar apa yang ada dan bersabar sekiranya diuji dengan kemiskinan.

Tolong perjelaskan beserta dalil : mana yang lebih kuat untuk diamalkan.

SJ-05-0185 : solat jemaah dibelakang imam mazhab hanafi

:salam

baru baru ni saya telah ditugaskan ke benua kecil India utk satu kerja
jadi sebelum pergi ke sana saya telah jumpa ustaz, tanya bagaimana cara nak solat dibelakang imam yg bermazhab hanafi

terutama sekali bila masalah rukuk,
iaitu saya tak dapat sempurnakan bacaan al fatihah sekali dgn imam ,
sdgkan saya makmum muafiq,

setahu saya dalam mazhab kita syafie, perlu dihabiskan bacaan tersebut sampai tiga rukun yg panjang,
disana mereka(org mazhab hanafi)menyuruh saya terus rukuk sekali dgn imam,

SJ-13-0233 : Permasalahan Dosa

Akum,
saya ada seorang kawan yang melakukan maksiat bersama teman wanitanya. walaupun tidak sampai ke tahap zina, tetapi dosa itu amat besar bagi saya.
setiap kali melakukan maksiat, dia akan menyesal dan bertaubat. tetapi disebabkan nafsu, dia mengulagi perbuatan itu kembali dan kemudian bertaubat. saya tidak mampu memberi jawapan yang memuaskan kepadanya.
persoalan saya, apakah taubatnya diterima setelah berulang kali melakukan dosa yang sama?