July 2007

SJ-07-0072 : Salam/doa untuk halau jin

:salam
maaf jika soalan ulangan, dah cari tp tak jumpa threadnya.

ada sesetengah ustaz mengajar suatu doa bagi menghalau jin jika memasuki kwsn semak/rumah tinggal dsb dengan cara memberi salam kepada nabi sulaiman. adakah riwayat yg sahih ttg ini?
jika tidak, apakah cara yg sbnarnya (sbg alternatif kpd ayatul kursi, surah2 Qul)? Dan adakah ianya berkesan sama sekali dlm menghalau jin/hantu/setan/dsb selama mana si pembaca doa tsb berada di tempat itu?
terima kasih

SJ-05-0222 : Kedudukan semasa solat

:salam

Umum diketahui,solat berdua yang mengikuti Sunnah adalah sejajar dengan imam...jika makmum berada sedikit dibelakang,apakah imam itu wajib berlainan sedikit untuk sejajar bersama² makmum....?

Saya pernah bersolat disurau dimana saya menjadi makmum,apabila saya sejajar dengan imam,imam bergerak kehadapan sedikit...

apakah lebih baik saya bersolat bersendirian kerana ditakuti mereka yang tidak memahami sunnah akan meragui cara solat saya....

Jawapan daripada Ustaz amatlah dihargai....

SJ-12-0183 : pernikahan menggunakan nama yang di palsukan

saya telah mengirim soalan yang sama tetapi belum di jawab.

Soalan: adakah suatu pernikahan itu sah atau tidak jikalau menggunakan nama yang palsu.

lelaki bernama A. Perempuan nya bernama (C - Bukan nama sebenar) (B adalah nama sebenar perempuan itu)

jadi pernikahan itu berlaku dengan menikahkan nama lelaki A dengan Nama perempuan C.

SJ-05-0223 Solat '2 imam' in 1 masa & tertib tutup ruang

Assalamualaikum Warahmatullah...

Kepada semua Panelis Al-Ahkam yg dihormati,

Ada 2 keadaan solat berjemaah dan sy memohon pencerahan dalil-dalil yg ada..,

1.Dua org orang makmum masuk dlm satu jemaah solat ketika sudah tahiyyat akhir.kemudian setelah kedua-duanya bangun, makmum yg kanan telah undur sedikit kebelakang dan menjadikan makmum disebelahnya tadi sebagai imam (keadaan ini benar2 berlaku dikawasan rakan sekerja saya).kekeliruan yg timbul ialah, adakah keadaan ini dibenarkan atau tidak?

SJ-05-0220 : Kawasan solat di masjidil haram & masjid na

Assalamu alaikum...

Panel al-ahkam.net yang dihormati,

Benarkah bahawa kita tak perlu menghalang seseorang dari melalui kawasan solat kita (ketika solat sunnat) ketika di masjidil haram dan masjid nabi? Lojiknya ialah terkumpulnya ribuan/jutaan manusia di dalamnya.

Jika benar, apakah lain2 perkara (secara ringkas) yang hanya dibenarkan di masjidil haram & masjid nabi, tetapi hukum di luar dari tempat tersebut berbeza?
(e.g saf makmum boleh di hadapan imam di masjidil haram)

Terima kasih.